Kebolehdiaman planet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
KLITE789 (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 207:
Di samping ciri-ciri planet dan sistem najamnya, seluruh persekitaran galaksi mungkin juga mengesani kebolehdiaman. Para saintis mengambil kira kemungkinan bahawa sesetengah kawasan tertentu lebih sesuai didiami daripada kawasan-kawasan lain dalam sesebuah galaksi; Sistem Suria yang kita diami, yang terletak di [[Lengan Orion]], di tepian galaksi Bimasakti, dianggap berada dalam kawasan yang sesuai untuk kehidupan:<ref>{{cite web |first=Leslie |last=Mullen |url=http://www.astrobio.net/news/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=139 |title=Galactic Habitable Zones |date=18 May 2001 |publisher=Astrobiology Magazine |access-date=5 August 2007 }}</ref>
* Ia tidak berada di dalam [[kelompok globul]] di mana ketumpatan bintang yang amat tinggi memudaratkan hidupan disebabkan sinaran dan gangguan graviti berlebihan. Kelompok globul juga terdiri terutamanya daripada bintang yang tua-tua dan barangkali miskin logam. Lebih-lebih lagi, di kelompok globul, Lebih-lebih lagi, usia bintang yang lanjut bererti adalah terlalu berbahaya untuk sebarang hidupan yang terbentuk di planet disebabkan bintang perumah mahupun bintang-bintang jiran akan sudah mengalami terlalu banyak [[evolusi najam]].
* Ia tidak berdekatan dengan punca [[gammasinar raygama]] yang aktif.
* Ia tidak berdekatan dengan pusat galaksi di mana ketumpatan bintang sekali lagi meningkatkan kemungkinan pengionan sinaran (contohnya, dari [[magnetar]] dan [[supernova]]). Juga dipercayai terletaknya [[lohong hitam supermasif]] di tengah-tengah galaksi yang mungkin membahayakan sebarang jasad berdekatan.
* Orbit Matahari yang bulat mengitari pusat galaksi, menghindarkan Matahari dari ditimpa lengan pilin galaksi di mana sinaran dan gravitasi yang melampau sekali lagi mungkin akan menyebabkan gangguan kepada hidupan.<ref>[[#Ward|Ward]], pp. 26–29.</ref>