Search (kugiran): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nazir Exists (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
|Background = kumpulan
|Origin = [[Johor]], [[Malaysia]]
|Genre = [[Rock]], [[Muzik heavy metal|Heavy Metal]], [[HαrdHard Rock]], [[Glam Rock]]
|Instrument = [[Vokal]]/[[Band (kumpulan muzik)|Band]]
|Years_active = 1981–2001, 2004–kini
|Associated_acts = [[Suhaimi bin Abdul Rahman|Amy]], [[M. Nasir]], [[Kumpulan Wings, Malaysia|Wings]]
|Occupation = [[Penyanyi]]/[[Pemuzik]]
|Label = [[PolyGram|Polygram Records]] (1984&ndash;1987)<br>[[BMG]] (1989&ndash;2001)<br>[[LIFE Records]] (2006)
|Influences =
Baris 20:
'''Search''' ialah sebuah [[kugiran]] muzik [[Malaysia]] yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor [[muzik rock]] dalam bidang muzik arus perdana [[Malaysia]] semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 12 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, ratusan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka sedikit sebanyak merudum pada 2000-an.
 
==Sejarah==
==1981-1988 : Permulaan & Tahun Terawal==
 
===1981-1988 : Permulaan & Tahun Terawal===
 
Kumpulan Search telah ditubuhkan pada tahun 1981 di [[Johor Bahru]], [[Johor]]. Pada asalnya, kugiran ini dianggotai oleh Zainal (vokal), Hillary Ang (gitar utama), Yazit Ahmad (dram) dan seorang pemain bass yang berasal dari Indonesia iaitu Memek. Mereka telah ditawarkan kontrak oleh kelab Red Rooster di Kuala Lumpur untuk membuat persembahan pada setiap malam. Namun belum sempat kugiran ini memulakan persembahan di kelab tersebut, Zainal dan Memek telah meninggalkan kugiran ini akibat tiada persefahaman di antara mereka. Hal ini telah menyebabkan pihak pengurusan Red Rooster memberi kata dua kepada anggota yang tinggal Hillary dan Yazit sama ada mereka berdua perlu mencari penyanyi baharu untuk meneruskan kontrak atau meninggalkan Red Rooster. Maka dengan itu, Hillary dan Yazit kembali semula ke Johor Bahru untuk mengajak [[Suhaimi Abdul Rahman]] atau Amy yang sudah dikenali mereka ketika bermain muzik di majlis-majlis keramaian sebelum ini. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana Amy baru sahaja mendapat kerja di Yamaha, dua hari sebelumnya biarpun Amy memang berminat untuk menjadi seorang penyanyi. Setelah beberapa kali dipujuk, akhirnya Amy bersetuju untuk menyertai mereka ke Kuala Lumpur untuk memenuhi kontrak persembahan di kelab Red Rooster. Melalui adik angkat Yazit, Nasir Daud akhirnya diserap sebagai pemain bass walaupun Yazit sebenarnya telah mengenali Nasir ketika bermain muzik di kelab Machinta sebelum ini. Lengkap sahaja empat orang anggota, mereka terus memeterai kontrak bersama kelab Red Rooster untuk mengadakan persembahan di sana.
Baris 36 ⟶ 38:
Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu [[Gersang]] (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan [[Kumpulan Mega|Mega]] (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; [[Kluang]], 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember)<ref>{{cite news|title=Night of sheer beastly noise|author=R.S. Murthi|work=Times Two (New Straits Times)|page=19|date=8 Disember 1988|url=http://news.google.com/newspapers?id=RbsTAAAAIBAJ&sjid=iJADAAAAIBAJ&pg=4663,2075606&dq=search+malaysia+amy&hl=en|accessdate=17 Januari 2010}}</ref>, diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran [[Thailand]] di [[Bangkok]], di ambang tahun baru 1989.<ref name=search01/>
 
===1989-1992 : Penyertaan Kid & ''Fenomena''===
Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Go-Search Sdn. Bhd. dan memeterai perjanjian dengan Pacific Music Corporation (kemudian dikenali sebagai [[BMG|BMG Pacific]]) untuk mengedar semua album mereka sepanjang 1990-an. Mereka kemudiannya merakamkan album pertama mereka di bawah label Go-Search iaitu ''[[Fenomena (album Search)|Fenomena]]'' untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang dikeluarkan dalam bentuk [[cakera padat]], setahun selepas versi [[kaset]]nya.<ref name=fenomena>[http://www.muzikrock.com/album/fenomena_01.html Fenomena], Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref>
 
Baris 51 ⟶ 53:
Walaupun menikmati populariti yang luar biasa, namun mereka menghadapi rintangan dari pihak media, khususnya penyiar milik negara [[Radio Televisyen Malaysia|RTM]] yang melarang penyanyi lelaki berambut terlalu panjang dari siaran radio dan TV-nya. Oleh itu, pada November 1992, Amy bersama [[Awie]] dari [[Kumpulan Wings, Malaysia|kumpulan Wings]] menerima potongan rambut dari [[Kementerian Penerangan Malaysia|Menteri Penerangan]] ketika itu, [[Mohamad Rahmat]], agar dapat membuat kemunculan di corong radio dan TV [[Penyiaran awam|penyiar awam]] itu.<ref>{{cite news|title=Haircuts end rock group ban |publisher=Associated Press |work=The Times |page=13A |date=2 November 1992 |url=http://news.google.com/newspapers?id=kFAeAAAAIBAJ&sjid=WscEAAAAIBAJ&pg=4911,333208&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=19 Januari 2010 }}</ref> Walau bagaimanapun, RTM kelihatan tidak menepati janjinya, sehingga menerima kecaman dari Amy sendiri untuk mengingatkan mereka pada tahun berikutnya.<ref>{{cite news|title=Protes ke RTM |author= |work=Tempo |date=30 Oktober 1993|url=http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/1993/10/30/PT/mbm.19931030.PT2291.id.html |accessdate=19 Januari 2010 }}</ref>
 
===1993-1997 : Pendedahan Utama===
Pada pertengahan tahun 1993, ketua jabatan media cetak dan elektronik BMG Pacific, Rozita Ramli mengeluarkan kenyataan bahawa seorang wartawan berbangsa [[Belanda]] tiba di Malaysia untuk menemu bual Saleem (Iklim) & Amy<ref name=holland>{{cite news|title=Rock group Search & Saleem (( Iklim ))a hit in Holland |work=New Straits Times (City News) |page=10 |date=6 Ogos 1993 |url=http://news.google.com/newspapers?id=-ZcWAAAAIBAJ&sjid=2xMEAAAAIBAJ&pg=3619,2554015&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=19 Januari 2010}}</ref>, gara-gara populariti sebuah lagu yang dikatakan menempa nama di negara Eropah tersebut, iaitu "[[Fantasia Bulan Madu]]" & Aduhai! Seribu Kali Sayang yang masing masing dirakam dalam bahasa Inggeris dengan tajuk yang sama iaitu "Feel the Pain".<ref>{{cite news|title=Search still on|author=Bissme S.|work=The Sun|date=13 April 2009|url=http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=32207|accessdate=22 Januari 2010}}</ref> Pada tahun yang sama, Search dan Wings berusahasama mengadakan jelajah "Double Trouble" di tujuh tempat di seluruh Semenanjung, dengan tujuan meringankan beban kewangan yang didakwa dialami oleh kedua-dua kugiran tersebut.<ref name=holland/> Apatah lagi dengan kemunculan penyanyi penyanyi baru yang memberi saingan yang sengit ketika itu antara yang menjadi siulan & diperkatakan ketika itu ialah Saleem ( Iklim ) yang muncul dengan lagu - lagu popular ketika itu antaranya Aduhai! Seribu Kali Sayang, Bukan Aku Tak Cinta & Sheilla, yang mana kesemuanya dikeluarkan pada tahun yang sama iaitu tahun 1993 menerusi label SCS.
 
Baris 58 ⟶ 60:
Kugiran Search mengeluarkan album lagi pada Mei 1996 iaitu ''[[Rock 'N' Roll Pie]]'' sempena ulang tahun mereka yang ke-15, kali ini melibatkan hasil karya penulis lagu tempatan dan antarabangsa (termasuk Klaus Meine dari kumpulan [[Scorpions]] dari Jerman). Pada Oktober tahun itu, mereka bersama [[Ramlah Ram]] mewakili Malaysia di pesta muzik Hanoi-Asean Golden Song Festival yang disertai di Vietnam.<ref>{{cite news|title=Malaysian artistes at song fest |work= New Straits Times|page= 19 |date= 4 Ocotber 1996 |url=http://news.google.com/newspapers?id=5NwxAAAAIBAJ&sjid=XBUEAAAAIBAJ&pg=2095,1272769&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=21 Januari 2010}}</ref> Pada tahun berikutnya, kugiran ini mengadakan Konsert Rock 'N' Roll Pie di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang dirakam untuk siaran di TV3 dan keluaran album, di samping Amy mengeluarkan album solo keduanya, ''[[Camouflage (album Amy)|Camouflage]]''.
 
===1998-2001 2002: Perpecahan dan pasca-aktiviti===
Selepas penyertaan Fauzi sebagai pemain bass baharu yang menggantikan Nasir yang meninggalkan kugiran ini buat kali kedua, kumpulan Search sekali lagi berganding bahu dengan [[Wings (kumpulan muzik Malaysia)|Wings]] (Penyanyi Wings ialah [[Mustaffa Din]]) untuk mengeluarkan album ''[[Double Trouble 2]]'' untuk dipasarkan pada awal tahun 1998. Akan tetapi, Amy mengumumkan secara rasmi dirinya keluar dari Search yang dikatakan dilanda kemelut dengan Yazit. Ini telah menjadi perhatian wartawan-wartawan media hiburan dan kejutan besar buat para peminat Search di Malaysia dan Indonesia. Akibatnya, album Double Trouble 2 terjejas untuk di buat promosi di seluruh negara. Tidak lama kemudian Amy memberi tumpuan kepada kerjaya solonya,<ref>{{cite news|title=Search is still on |author=Zainal Alam Kadir |work=New Straits Times (Weekend Life & Times) |page=4 |date=21 Mac 1998 |url=http://news.google.com/newspapers?id=peYVAAAAIBAJ&sjid=9xQEAAAAIBAJ&pg=6763,2470978&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=19 Januari 2010 }}</ref> sekaligus meninggalkan Bertelsmenn Music group (BMG) untuk menyertai [[Sony Music]].<ref>{{cite news|title=In music, it's all in the stars |author=Zainal Alam Kadir |work=New Straits Times (Life & Times) |page=3 |date=30 Disember 1998 |url=http://news.google.com/newspapers?id=GRAWAAAAIBAJ&sjid=xRQEAAAAIBAJ&pg=6978,6197096&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=19 Januari 2010}}</ref>
 
Baris 71 ⟶ 73:
Pembubaran Search adalah satu sejarah paling pahit. Search ialah sebuah nama yang besar dalam sejarah muzik rock tanahair. Siapa sangka kumpulan yang begitu gagah ini tertewas setelah 18 tahun berentap di arena muzik malaysia. Akhirnya, Search tertewas setelah hampir 20 tahun berjuang dan telah dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001. Akhirnya nama Search dimasukkan ke muzium. Namun Yazid mendakwa Search tidak dibubarkan tetapi Search hanya dibekukan sementara waktu. Tidak lama kemudian Yazit selaku pengasas Search telah menukarkan nama kumpulan Search kepada Rampage yang kurang diterima oleh para peminat. Menjadi tanda tanya 'Adakah zaman kegemilangan Fenomena anggota Search akan dikembalikan?' namun Yazit enggan mengeluarkan sebarang kenyataan tepat kepada wartawan media hiburan.
 
===2003-2009 : Bersatu Semula & Konsert S2===
Selepas lebih kurang tiga tahun Search dibekukan, pada penghujung tahun 2003, Amy, Kid, Din dan Nasir akhirnya mengambil keputusan untuk bersatu semula dengan menjemput seluruh pelusuk wartawan hiburan mengadakan sidang media secara besaran bagi merancang sebuah konsert reunion berskala besar yang disaksikan oleh artis dari [[Indonesia]] kumpulan Godbless di [[Stadium Merdeka]] [[Kuala Lumpur]] dan bakal muncul album terbaharu yang berjudul Empire Garden. Sidang media itu juga turut dihadiri kumpulan Wings untuk memberi sokongan terhadap Search termasuk juga Search memperkenalkan [[Lola]] (bekas pemain drum [[XPDC]]) adalah selaku pemain drum baharu Search bagi menggantikan tempat Yazit. Beberapa hari kemudian ia dilanda sedikit kontroversi terhadap Yazit yang ditemui oleh wartawan media hiburan mendakwa dirinya (Yazit) tidak dimaklum, tidak dijemput dan tidak mengetahui langsung tentang berita Search yang bakal mengadakan konsert berskala besar reunion itu. Yazit tidak restu dengan konsert yang dirancang oleh Search tanpa pengetahuannya. Yazit yang tersinggung mendesak Search supaya konsert yang dirancang oleh Search dibatalkan sehingga Yazit mahu melantik beberapa orang peguam dan bakal menfailkan saman terhadap Search di mahkamah, ditambah pula Yazit tetap yakin bahawa nama kumpulan Search itu adalah hak beliau dan juga adalah sebagai pengasas. Ia memperkuatkan lagi bukti yang kukuh apabila Yazit tidak ketinggalan menunjuk dan menyiarkan bukti kepada wartawan media hiburan berhubung surat perletakan jawatan Amy yang ditandatangani olehnya sebagai penyanyi Search pada awal tahun 1998. Tarikh bakal konsert reunion itu telah ditunda beberapa kali, namun Search menafikan konsert itu bakal dibatalkan kerana kontroversi saman oleh Yazit. Kerana peminat Search merindui aksi-aksi Search setelah mereka bubarkan nama Search pada tahun 2001. Nama Search dihidupkan kembali dengan dibarisi ahli kumpulan iaitu Amy, Kid, Din, Nasir dan Lola telah mengadakan malam bersejarah dengan sebuah konsert ''reunion'' Evolusi Lagenda Rock Search di [[Stadium Merdeka]] Kuala Lumpur pada Februari 2004 yang dibanjiri lebih 30 ribu penonton yang turut mengundangkan kumpulan Godbless dan Awie Wings sebagai pembuka tirai konsert termasuk juga dihadiri Yazit.<ref>{{cite news|title=Search still rockin' good|work=New Straits Times|date=13 Februari 2004|author=Sharifah Arfah}}</ref> Setelah konsert itu dijayakan tidak kurang juga para peminat mengkritik tentang ketiadaan Yazit sebagai anggota asal Search. Persembahan konsert bersejarah tersebut itu telah dirakam dalam album ''live'' ''Konsert Rock Search Evolusi 2004'' yang keluar tiga tahun kemudian. Setelah itu pada bulan September 2004 Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert [[Scorpions]] di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran [[Jerman]] tersebut, walaupun menghadapi tentangan hebat dari [[Pemuda PAS]] atas alasan konsert tersebut bakal merosakkan akhlak muda-mudi.<ref>{{cite news|title=Islamic party wants to bar show by rock band Scorpions|author=Pauline Jasudason|publisher= Associated Press |date=8 September 2004}}</ref> Lebih kurang setahun kemudian kemelut Search dan Yazit berakhir di mana Lola (dram) telah mengundurkan diri dari Search. Yazit adalah selaku pemain dram asal dan pengasas kumpulan Search kembali kepangkuan sebagai pemain drum Search setelah Search dan Yazit mendapat kata sepakat untuk kembali berdamai pada tahun 2005. Boleh dikatakan majoriti peminat berpuas hati dengan berita kembalinya Yazit kepada Search. Menurut para peminat juga, Search tidak sesuai atau tidak lengkap jika Yazit tiada di dalam kugiran lagenda pujaan hati mereka.
 
Baris 84 ⟶ 86:
Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah ''Konsert Penghargaan Search di Awan Biru'' yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara, termasuk tiga di Malaysia Timur iaitu Seberang Jaya Penang, Johor Bahru Johor, Jengka Pahang, Kuala Terengganu, Alor Setar Kedah, Kota Bahru Kelantan, Kuching Sarawak, Miri Sarawak, Sandakan, Kota Kinabalu Sabah, Tawau Sabah, Kelana Jaya dan Shah Alam Selangor. Dan juga sekembalinya Noordin Taib (gitar irama) pada kepangkuan Search pada tahun 2009. Konsert Jelajah yang menerima sokongan dari penaja utamanya [[Celcom]]<ref>{{cite news|url= |title=Celcom Taja Konsert Kumpulan Rock Tempatan |publisher=Bernama |date=7 April 2009 |accessdate=22 Januari 2010}}</ref> ini bermula dengan konsert pembukaan di Seberang Perai pada 2 Mei<ref>{{cite news|url=http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=3577|title=Jelajah Awan Biru Search: Sepintas Lalu|work=gua.com.my|date=1 Jun 2009|accessdate=22 Januari 2010}}</ref> hingga konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos. Konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos menyaksikan kembalinya Kid (gitar utama) pada Search. Konsert istimewa itu menyaksikan dua gitaris di atas pentas iaitu Kid (gitar utama), dan Hillary Ang (gitar utama) selain Noodin (gitar irama). Tugas gitar utama di galas sekali lagi oleh Hillary dan Kid (gitar utama). Konsert terakhir yang dilangsungkan di padang Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara Kula Lumpur itu, beberapa hari selepas hari kelahiraan Amy yang ke-50, dilaporkan menarik kira-kira 14,000<ref>{{cite news|title=Search: Belum Masa Untuk Bersara |work=gua.com.my |date=5 Ogos 2009 |url=http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=3891 |accessdate=22 Januari 2010}}</ref> hingga 25,000<ref>{{cite news|title=Sayang sistem bunyi 'hancur' |author=Abd Aziz Itar |work=Utusan Online |date=4 Ogos 2009 |url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm |accessdate=22 Januari 2010 }}</ref> peminat. Konsert tersebut ini juga adalah konsert terakhir bagi Hillary (gitar utama) sebelum beliau mengundurkan diri dari Search sekali lagi.
 
===2010-2011 : Jelajah Eropah dan Konsert Fenomena 30 Tahun! (2010-2011)===
Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah dengan dibarisi ahli kumpulan Amy (penyanyi), Kid (gitar utama), Noordin (gitar irama), Nasir (bes) dan Yazit (drum) melebarkan sayapnya di [[Ireland]] dan [[United Kingdom]] pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan [[Hujan (kugiran)|Hujan]] untuk persembahan pembukaan.<ref>{{cite news|title= Search Jelajah Eropah Februari Ini |author=Siti Azira Abd Aziz |work=mStar Online |date=14 Januari 2010 |url=http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/14/mstar_hiburan/20100113135254&sec=mstar_hiburan |accessdare=22 Januari 2010}}</ref> Mereka beraksi di Button Factory, [[Dublin]], pada 16 Februari; Scala London, [[King's Cross]], [[London]] (18 Februari); dan Cavern Club, [[Liverpool]] (21 Februari).<ref>{{cite news|title= Search Di Ufuk Barat |author=Esme Johari Wahab |work=Harian Metro |date=13 Feb 2010 |url=http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SearchDiUfukBarat/Article |accessdate=7 Mac 2010 }}</ref>
 
Baris 101 ⟶ 103:
Search membawa Konsert Fenomena Search 30 Tahun menjelajah ke dua negeri itu. 24 Disember 2011 di Kompleks Sukan Tawau hadiri 10,000 ribu peminat di Sabah dan diikuti Stadium Negeri Kuching, Sarawak, 31 Disember 2011 yang ditaja oleh Red One Sdn. Bhd iaitu konsert akhir ulang tahun ke30 bagi SEARCH 2011 dengan dihadiri 15, 000 peminat yang diadakan di [[The Mines Resort City|The Mines]] Seri kembangan Selangor.
 
===Konsert di Singapura dan Perkembangan semasa (2012-2016)===
Pada tarikh 28 Januari 2012, D’Touchz International membawa SEARCH & XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012, di Stadium Tertutup Singapura. Lokasi yang pernah berlangsungnya konsert band-band Rock / Heavy Metal internasional seperti Iron Maiden, Metallica mahupun No Doubt itu. Yang menarik mengenai konsert itu adalah ianya merupakan buat pertama kalinya Search dan XPDC bergabung dalam satu konsert di negara repablik itu.
Nilai-nilai sentimental yang dapat dilihat di sini adalah kedua-dua Lola dan Yan turut pernah menyertai Search serta XPDC yang membariskan kedua vokalisnya iaitu Mael & Ali dan dua pemain bess Yan & Zuar serta 2 pemain drum Amy & Lola. Gitaris Izo pula dibantu oleh anak lelaki Izo sendiri.
Baris 118 ⟶ 120:
Setelah bertahun-tahun menanti peluang untuk beraksi di pentas Istana Budaya, akhirnya impian itu terjelma menerusi Konsert Search Live In Istana Budaya pada 4-7 Disember 2014. Konsert anjuran Urban Creative Synergy (UCS) Sendirian Berhad dengan kerjasama Istana Budaya ini merupakan satu penghargaan Search kepada para peminat setianya yang sentiasa berharap Search akan beraksi di pentas berprestij ini. Konsert ini juga menjadi satu rekod sejarah kerana tiket konsert ini merupakan yang termahal untuk sesebuah kumpulan muzik beraksi di Istana Budaya. Tiket untuk konsert ini bermula daripada RM 109 dan yang paling mahal berharga RM 799.00. Selain menampilkan kelainan apabila diiringi kumpulan Paladin yang terdiri daripada lima pemain cello, Search tampil 'back to basic' di mana Kid dan Noordin selaku tunjang muzik Search sebagai pemain gitar, Nasir di posisi bass dan pastinya Amy sebagai penyanyi. Dalam persembahan sulung mereka di pentas berprestij itu, Search turut dibantu pemain dram Projek Pistol, Pae yang menggantikan Yazit dan pemain keyboard undangan Firdaus. Secara keseluruhannya, Search mempersembahkan 21 lagu termasuk Kejora, Rozana, Fantasia Bulan Madu, Isi Dan Kulit, Isabella, Gadisku, Diari Habil & Qabil, Gothic Malam Edan, No Way, Fenomena, Kereta Merah, Menuju Puncak, Honky Tong Kosong dan Pelesit Kota, dan Pawana. Pemain drum Search, Yazit yang uzur ketika konsert ini berlangsung juga muncul dalam satu segmen khas dengan memainkan beberapa lagu Search dan kemunculan Yazit sangat bererti kepada Search dan para peminat setianya. Selain itu kehebatan Search juga terbukti apabila tiket untuk keempat-empat malam persembahan Tiket Habis Dijual dan konsert ini mencatat kutipan tertinggi untuk kesemua persembahan di Istana Budaya (IB) sepanjang tahun 2014.
 
===''Katharsis'' (2017-kini)===
Album ''Katharsis'' telah di lancarkan secara rasmi pada 22 November 2017 , dengan 10 lagu baru dan 2 single awal. ''Sidang Kangaroo'' dan '' Nama Yang Kau Lupa ''diterbitkan M. Nasir dan ia membawa maksud satu proses penyucian, pembersihan dan pengaslian jiwa raga dalam bahasa Yunani Purba. Ia turut dipilih M. Nasir sebagai judul album studio ke-12 band rock nombor satu tanah air itu.Search memberi bayangan Katharsis yang juga album ke-12 mereka sebagai naskhah studio terakhir yang mungkin dihasilkan kumpulan berkenaan,Selain M Nasir, Search turut bekerjasama dengan beberapa komposer dan penulis lirik prolifik yang pernah menjayakan album terdahulu seperti S. Amin Shahab, Usop dan [[Buddhi Hekayat]], Katharsis masih mengekalkan gaya muzik rock & roll Search, merangkumi ‘sound’, muzik, ‘chemistry’ dan hala tuju yang berakar umbi identiti mereka,Katharsis juga mencatat sejarah peribadi buat Search dan M. Nasir apabila mengambil masa selama 700 jam untuk disiapkan sepenuhnya. Album ini diterbit dan diedarkan Pawana Music dan Fenomena Music milik Datuk Ahmad Zaharul.