Ghost: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 54:
;Julie Chua ([[Carmen Soo]]):Rakan baik Eza dan seorang peragawati berharap di dunia permodelan tempatan. Kehidupannya menjadi huru-hara apabila teh yang diberi agen barunya dibubuhi ubat tidur<ref name="ep5">[http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=242&ShowID=261&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=7533&VideoID=6970 Video Episod 5 ''Ghost''].</ref>, lalu setelah bangun di bilik hotel hari seterusnya, dia terjebak ke dalam satu dilema yang agak serius. Masalah peribadi Julie memaksanya banyak berselindung khususnya dengan Eza. Kisah hidup Julie sepanjang siri ini seolah-olah tiada kena-mengena dengan misteri kematian Zack setakat ini, tetapi di episod 7, Zack juga mengawasi Julie atas permintaan Eza yang risau akan sikap Julie selepas menerima tawaran itu.<ref name="ep7"/>
 
;Maria Zainal ():Peminat taksub Zack Imran dan seorang suspek di sebalik apa yang didakwa sebagai pembunuhan Zack. Dia menyasarkan semua perempuan yang pernah tidur bersama Zack dengan curahan asid.<ref name="ep4"/> Ini menjadi nyata di episod 4 apabila Eza menerima sepucuk surat untuk Zack dari Maria. Maria berbadan gemuk dan dia pernah bekerja di sebuah hotel di mana Zack selalu tidur bersama wanita berlainan. Mukanya tidak kelihatan oleh penonton sehingga episod 5, apabila dia menyamar sebagai "Susan Voon" untuk menyertai peraduan palsu yang dicadangkan Eza, lalu dirinya mengumpan Eza ke rumahnya dan mengerjakannya<ref name="ep5"/>, dengan menyangka bahawa Eza dihantar oleh pembunuh itu, iaitu didakwa Datin Faizura<ref name="ep6">[http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=242&ShowID=261&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=7534&VideoID=7216 Video Episod 6 ''Ghost''].</ref>.<br>Maria meronta-ronta kehampaan kerana Zack seolah-olah tidak menghiraukannya kerana mengejar wanita-wanita yang ternama dan lawa. Ketaksubannya memuncak menjadi kegilaan setelah kematian zack. Akhirnya Maria tumpas apabila cuba membahayakan Datin Faizura<ref name="ep6"/> lalu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
 
;Datin Faizura ():Salah seorang wanita kaya yang pernah bersama dengan Zack Imran, mungkin sekali wanita ternama terakhir yang didampingi Zack sebelum dibunuh. Dalam penampilan pertamanya dalam cerita, Datin Faizura mengaku di dapan Eza bahawa dirinya pernah cuba melarikan diri bersama Zack.<ref name="ep3"/> Dialah yang didakwa oleh Maria Zainal sebagai pembunuh Zack Imran.<ref name="ep6"/><br>Di episod 7, Datin Faizura bertemu dengan Eza untuk memaklumkan bahawa suaminya sudah tahu hubungannya bersama Zack, sebelum menempah tiket ke [[Sydney]] untuk melarikan diri, mamun cubaan itu gagal. Rupanya Datin Faizura sedang mengandung anak Zack selama ini.<ref name="ep7"/>
Baris 60:
;Datuk Zakaria ([[Radhi Khalid]]):Seorang ahli niaga berpengaruh dan bengis yang menjalankan hubungan renggang dengan isterinya, Faizura. Dia pernah mengarah orang bawahannya menggeledah rumah Jimmy gara-gara Zack.<ref name="ep3"/> Di episod 7, syarikat milik Zakaria telah menerima kontrak kerajaan sungguhpun diketahui bahawa syarikat itu telah muflis sembilan tahun sebelum itu. Rupanya, Datuk Zakaria mencuri wang dari simpanan Zack Imran Enterprises.<ref name="ep7"/>
 
;Azham ([[Razif Hashim]]):Seorang penyiasat dan bekas teman lelaki Eza, berpisah ketika bermakan malam bersama di episod pertama, setelah lima tahun.<ref name="ep2"/> Di episod 7, setelah menyamar sebagai wartawan di sidang media bersama Datuk Zakaria, Azham menyiasat helah tokoh korporat itu dengan bantuan Zahid, lalu turut menempuh bahaya.<ref name="ep7">[http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=242&ShowID=261&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=7535&VideoID=7442 Video Episod 7 ''Ghost''].</ref>
 
;Farouk ([[Nas-T]]):Pengawal keselamatan peribadi kepada pasangan Datuk Zakaria dan Datin Faizura yang berlengkapkan pistol yang bertemu dengan Eza di majlis perasmian ''Impak Kuat'' di Episod 2, dan sejak itu cuba memikat hati Eza. Zack amat berasa sangsi sejak melihat Farouk memegang pistol buat kali pertama di episod 4, lebih-lebih lagi apabila Eza semakin mesra dengan Farouk.<ref name="ep4">[http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=242&ShowID=261&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=7303&VideoID=6708 Video Episod 4 ''Ghost''].</ref>