Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah 2008''' diketuai oleh [[Menteri Besar Kedah]], Ustaz [[Azizan Abdul Razak]] dari [[Parti Islam Se-Malaysia]] (PAS). PAS berjaya memenangi [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]] dengan mendapat 16 kerusi bersama pakatan pembangkang lain, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 4 kerusi dan [[Parti Tindakan Demokratik]] 1 kerusi. Calon bebas yang memenangi kerusi DUN Bukit Selambau menyertai PKR. [[Barisan Nasional]] hanya memenangi 14 kerusi.
 
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah terdiri dari 8 wakil dari PAS termasuk seorang wakil wanita dan 3 wakil dari PKR termasuk 2 wakil bukan [[Melayu]]. Ustaz Azizan juga telah melantik Mohd. Sanusi Md. Noor sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar.
 
== Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ==
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah terdiri dari 8 wakil dari PAS termasuk seorang wakil wanita dan 3 wakil dari PKR termasuk 2 wakil bukan [[Melayu]]. Ustaz Azizan juga telah melantik Mohd. Sanusi Md. Noor sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar. Pengumuman barisan 10 ecxo diumumkan di Wisma Darul Aman, Alor Star, Kedah.
 
* Menteri Besar - Azizan Abdul Razak
Baris 21 ⟶ 20:
* Mohammad Razhi Salleh (Lunas) - Pelancongan, Pembangunan Masyarakat
* Tan Wei Xu (Bakar Arang) - Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Sumber Tenaga Manusia, Pengangkutan
 
==Dasar / Pembaharuan kerajaan negeri==
===Kerajaan pro pembangunan===
Kerajaan negeri Kedah pimpinan Azizan Abdul Razak mengalu-alukan pelabur asing kerana dasarnya pro pembangunan. Selama ini kerajaan negeri memberi banyak tanah kepada pelabur asing di Kulim Hi Tech Park.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0313&pub=utusan_malaysia&sec=utara&pg=wu_01.htm&arc=hive Kerajaan baru Kedah propembangunan - MB]</ref>
===Zon Industri Petroleum Yan ===
Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) akan dibincangkan semula demi keuntungan semua pihak. Sepatutya dilaksanakan pada 2008 ini. ZIPY sepatutnya dilaksanakan di kawasan seluas 1,160 hektar melibatkan tujuh kampung iaitu Sungai Dedap, Kuala Sungai Daun, Kuala Sungai Limau, Sungai Limau Dalam, Sungai Tongkang, Sungai Kering dan Sungai Sedaka.800 rumah terlibat dan para penghuninya akan dipindahkan ke penempatan baru yang akan disediakan oleh kerajaan negeri kelak. 15,000 peluang pekerjaan dan kawasan perumahan baru akan bertambah. Kos tanah juga akan meningkat.
 
===Meneruskan dasar baik sedia ada===
Semua JKKK dan Kemas tidak perlu menutup tadika Kemas mereka. Tidak ada sebarang arahan menutup premis Kemas.
===Berjimat cermat===
Memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajaan negeri yang jumlah potongan akan diumumkan kelak.
 
===Langkawi Geopark===
Pembangunan perlancongan pulau Langkawi Geopark akan diteruskan . Semua pelaburan asing di pulau tersebut tidak akan disekat malah dialu-alukan. Usaha menarik pelancong Timur Tengah akan dipertingkatkan. Kursus khas kepada graduan tempatan yang berkelulusan dari universiti negara Timur Tengah untuk menjadi pemandu pelancong khusus bagi pasaran negara berbahasa Arab akan diberikan tidak lama lagi.
 
Sebuah hotel bertaraf enam bintang akan dibina di pulau Langkawi dan kerajaan juga bercadang untuk menyediakan kemudahan kolam mandi yang berasingan untuk wanita dan lelaki.
 
===Cukai tanah===
Cukai tanah diturunkan 30 % untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian.
 
===Tiket bola sepak percuma===
Perlawanan antara pasukan bola sepak Kedah menetang Perak di Stadium Darul Aman pada 23 Mac 2008 akan diberi tiket percuma. Organisasi dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) aka dirombak dalam mesyuarat exco kerajaan negeri. Sebelum ini Presiden KFA ialah mantan menteri besar Datuk Seri [[Mahdzir Khalid]]. Menteri Besar Azizan Abdul Razak mrupakan bekas pemain bola sepak dan golf. <ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=321113 Azizan Umum Turun Cukai Tanah]</ref>
 
== Lihat juga ==
* [[Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri]]
 
==Rujukan==
[[Kategori:Kedah]]
{{reflist}}
 
[[Kategori:Kedah]][[Kategori:PAS]][[Kategori:Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]]