Hikayat Amir Hamzah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
Hikayat Amir Hamzah menceritakan perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang [[Islam]], iaitu Amir Hamzah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam. Ia ditulis kemungkinannya dari awal abad ke 16.
 
Menurut pendapat orang-orang yang ahli dalam lapangan kesusasteraan bahawa Hikayat Amir Hamzah ia­lah salinan daripada bahasa Parsi sungguh pun dalam ba­hasa 'Arab ada juga hikayat yang demikian. Hikayat Amir Hamzah adalah merupai sebuah buku yang tebal mengan­dungi 90 bab; didalamnya meriwayatkan kisah keberanian dan kegagahan Sayyidina Hamzah mengepalai tentera Islam dalam peperangan menentang tentera-tentera kafir.
 
Seperti yang tersebut di-dalam riwayatnya bahawa Amir Hamzah ialah bapa saudara kapada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu putera kepada Abdul Mutalib. Amir Hamzah di-katakan mulai menerima agama Islam sesudah dua tahun Rasulullah menerima walinya yang pertama dan telah ber­sama-sama mengikut Nabi Muhammad berhijrah (berpindah) ka-Madinah.
 
Amir Hamzah adalah terkenal sebagai pahlawan Islam yang terbilang; keberanian dan jasa-jasanya dimedan-­medan perang terutama sekali dalam peperangan Badar amatlah besar ertinya disisi sejarah perkembangan agama Islam. Sayyidina Hamzah telah tewas tatkala melawan orang-orang kafir Makkah yang ban¥ak bilangan-nya di­kaki bukit Uhud, dekat Madinah. Maka kerana itu-Iah riwayat Amir Hamzah sentiasa di-kenang oleh umat Islam; dan di-dalam hikayat-nya banyak pula di-adakan tokok tambah oleh pengarang-nya.
 
Hikayat Amir Hamzah ini sa-lain daripada dalam ba­hasa Melayu ada jpga salinan-salinan-nya dalam bahasa Jawa, Sunda dan Bugis. Dalam bahasa Jawa hikayat ini terkenal dengan nama "Menak".
 
==Pautan luar==