Bumi rata: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10:
Mengikut konsep Bumi datar, Bumi adalah suatu hamparan yang terbentang luas. Matahari dan Bulan kedua-duanya adalah bersaiz sama dan kedua-duanya beredar di atas Bumi yang tidak bergerak. Tidak seperti konsep Bumi sfera, Matahari dan Bulan berada lebih dekat dengan Bumi dan kedua-duanya memancarkan cahaya masing-masing. Dalam Bumi datar, bintang-bintang, kecuali Polaris, semuanya beredar di atas Bumi. Bintang dibahagikan kepada dua iaitu bintang yang tetap dan bintang yang mengembara (wandering star). Bintang tetap mempunyai corak buruj yang tetap setiap malam, tahun demi tahun, abad demi abad, dan tidak pernah mengubah kedudukan relatif mereka. Bintang-bintang yang mengembara, yang disebut hari ini sebagai "planet," berjalan atau "mengembara" di langit dengan mengambil corak spirograf mereka sendiri yang membuat gerakan maju dan mundur berulang-ulang dalam kitaran mereka.
 
Dalam konsep ini, Bumi dan Polaris adalah dua titik pusat Alam Semesta yang tidak dapat bergerak sementara Matahari, Bulan dan bintang-bintang lain semuanya berputar dalam bentuk seperti kubah. Sesetengah budaya mempercayai kubah itu adalah berbentuk secara fizikal. Sementara budaya lain pula menganggapnya sebagai Pohon Dunia dengan Polaris di tengah dan semua buruj lain membentuk dahan. Dalam gambaran Bumi rata ini, Kutub Utara menduduki titik tengah, sementara "Selatan" ialah garisan yang mengelilingi Bumi. Timur dan Barat bukan garis lurus seperti yang dianggap pada masa ini, tetapi sebenarnya lingkaran ke kanan atau ke kiri. Lingkaran selatan Bumi dikelilingi oleh [[Tembok ais Antartika|tembok ais raksasa]] 150-200 kaki atau [[Antartika]] di atas permukaan laut yang menahan lautan. Di luar dindingtembok ais, beberapa dakwaan daripada teks-teks agama bahawa terdapat penghalang yang kuat yang tidak dapat ditembusi oleh manusia. Terdapat juga orang yang percaya ada dunia dan peradaban lain di luar tembok ais Antartika.
 
== Rujukan ==