Mira Bai: Perbezaan antara semakan

Penyair Hindu dari kurun ke-16, Vaishnava
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Terbitan baru
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 15:36, 8 Ogos 2021

Mīrābāī (A. D. 1547-1614) merupakan tokoh yang paling hebat pada zaman Gerakan Bhakti di India - suatu gerakan untuk membangkitkan, membangunkan dan menyatukan orang biasa dan golongan kerabat diraja dengan kuasa kesaktian cinta ketuhanan.

Mira Bai adalah puteri Ratan Singh dari Kudki, sebuah kampung di Rajasthan. Ketika masih berumur tiga tahun, beliau telah amat tertarik dengan arca Giridhar (Sri Krishna) yang diberikan kepadanya oleh seorang Sadhu (orang alim). Ketika Mira berumur lima tahun, beliau menyaksikan suatu perarakan perkahwinan di hadapan rumahnya. Dengan penuh beria-ia, Mira menyoal ibunya, "Siapakah bakal pengantin lelaki saya, ibu?" Dengan bersenyum, ibunya menjawab bahawa Giridhar akan menjadi pengantin lelakinya.