Ghost: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 56:
;Datuk Zakaria ([[Radhi Khalid]]):Seorang ahli perniagaan berpengaruh dan garang yang menjalankan hubungan renggang dengan isterinya, Faizura; dia juga seolah-olah merupakan suspek dalang di sebalik msiteri kematian Zack (sungguhpun tidak beigut jelas siapa yang menyebabkan kematian Zack dengan tangan sendirinya), kerana marah akan sikap isterinya bermain kayu tiga dengan Zack.<ref name="ep8"/> Dia pernah mengarah orang bawahannya menggeledah rumah Jimmy gara-gara Zack.<ref name="ep3"/> Di episod 7, syarikat milik Zakaria telah menerima kontrak kerajaan sungguhpun diketahui bahawa syarikat itu telah muflis sembilan tahun sebelum itu. Rupanya, Datuk Zakaria memeras Jimmy agar wang dari simpanan Zack Imran Enterprises.<ref name="ep7"/> Selama ini dia selalu menguasai segala hal ehwal rumah tangganya, akhirnya menemui penghujung yang tragis apabila dijatuhkan oleh isteri sendiri setelah misteri terbongkar.<ref name="ep8"/>
 
;Maria Zainal ():Peminat taksub Zack Imran dan seorang suspek di sebalik apa yang didakwa sebagai pembunuhan Zack. Dia menyasarkan semua perempuan yang pernah tidur bersama Zack dengan curahan asid.<ref name="ep4"/> Ini menjadi nyata di episod 4 apabila Eza menerima sepucuk surat untuk Zack dari Maria. Maria berbadan gemuk dan dia pernah bekerja di sebuah hotel di mana Zack selalu tidur bersama wanita berlainan. Mukanya tidak kelihatan oleh penonton sehingga episod 5, apabila dia menyamar sebagai "Susan Voon" untuk menyertai peraduan palsu yang dicadangkan Eza, lalu dirinya mengumpan Eza ke rumahnya dan mengerjakannya<ref name="ep5"/>, dengan menyangka bahawa Eza dihantar oleh pembunuh itu, iaitu didakwa Datin Faizura<ref name="ep6">[http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=242&ShowID=261&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=7534&VideoID=7216 Video Episod 6 ''Ghost''].</ref>.<br>Maria meronta-ronta kehampaan kerana Zack seolah-olah tidak menghiraukannya kerana mengejar wanita-wanita yang ternama dan lawa. Ketaksubannya memuncak menjadi kegilaan setelah kematian zack. Akhirnya Maria tumpas apabila cuba membahayakan Datin Faizura<ref name="ep6"/> lalu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.<br>Di penghujung siri, Maria berada di [[rumah sakit jiwa]] dan apabila Eza berjumpa dengannya di situ, dia tengah melakar rupa pembunuh Zack Imran.<ref name="ep9"/>
 
;Julie Cheah ([[Carmen Soo]]):Rakan baik Eza dan seorang peragawati berharap di dunia permodelan tempatan. Kehidupannya menjadi huru-hara apabila teh yang diberi agen barunya dibubuhi ubat tidur<ref name="ep5">[http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=242&ShowID=261&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=7533&VideoID=6970 Video Episod 5 ''Ghost''].</ref>, lalu setelah bangun di bilik hotel hari seterusnya, dia terjebak ke dalam satu dilema yang agak serius. Masalah peribadi Julie memaksanya banyak berselindung khususnya dengan Eza. Selama ini Julie menyimpan ratapan yang pahit mengenai kakaknya Cindy yang sudah meninggal dunia, di penghujung siri dia kelihatan dapat melihat dan berhubung dengan roh kakaknya.<ref name="ep8"/><ref name="ep9"/> Selain timbulnya kemungkinan penglibatan kakaknya dalam pembunuhan Zack Imran, kisah hidup Julie sepanjang siri ini seolah-olah tiada kena-mengena dengan misteri kematian Zack, namun adakalanya Eza meminta Zack menjenguk keadaan Julie apabila risau.