Ghost: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 46:
 
==Watak==
{{spoiler}}
;Zack Imran ([[Nazrudin Rahman]]):Pelakon filem terkenal yang ditemui mati dalam satu kemalangan yang amat dahsyat sehingga mayatnya teruk terbakar. Namun begitu, Zack yang hanya tinggal roh percaya bahawa dia sebenarnya dibunuh lalu mayatnya dimasukkan dalam kereta yang ditimpa kemalangan itu. Hantu ini terikat dengan Eza lalu berharap pada Eza agar membantu Zack menyelesaikan misteri di sebalik kematiannya. Kebolehan Zack menyentuh dan menggerakkan objek pendam sehingga apabila menyelamatkan Eza daripada serangan penyangak.<ref name="ep1">[http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=242&ShowID=261&MenuID=2&TemplateID=1 Video Episod 1 ''Ghost''].</ref><br>Zack julung kali menaikkan namanya sekitar tahun 2005 apabila memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik di Anugerah Skrin tahun itu.<ref name="ep3">[http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=242&ShowID=261&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=6856&VideoID=6279 Video Episod 3 ''Ghost''].</ref> Zack sering menunjukkan sifat kaki perempuannya kerana bercakap besar mengenai nafsu berahinya dan kelihatan suka hati memasuki tandas perempuan setelah menjadi hantu.<br>Wanita ternama terakhir yang bersama Zack pada bulan-bulan terakhir hidupnya ialah Datin Faizura, dan pada malam terakhir mereka berdua diperhati oleh Maria Zainal yang bertugas sebagai pembersih hotel ketika itu. Dan pada malam Faizura meluahkan nekadnya untuk melarikan diri, Zack memarahi Eza kerana terlalu mempercayai Farouk selaku pengawal Faizura sedangkan Faizura mengandung anak Zack sendiri.<ref name="ep7"/><br>Sewaktu Eza dalam koma akibat tertembak, Zack mendapati tenaganya makin merosot dan makin terdesak untuk mencari jawapan. Selepas Eza bangkit dan siasatan disambungkan, Zack didapati didakwa merogol kakak Julie suatu ketika dahulu lalu diculik Julie sebelum dibunuh oleh teman lelakinya, Dr. Jamal Hafiz. Dan sebagai penyelesaian terakhir, Zack merasuki Jamal lalu menyuruh Eza menembaknya sebelum tiba masanya untuk bersemadi.<ref name="ep10">Episod 10 ''Ghost''.</ref>