Peristiwa Bukit Kepong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 2 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 3 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8
Baris 15:
 
==Permulaan==
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada [[23 Februari]] [[1950]] antara pihak polis dan [[Parti Komunis Malaya]] sebelum kemerdekaan [[Persekutuan Tanah Melayu]] (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di [[Bukit Kepong]]. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak di tebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar [[Muar]], [[Johor]], [[Malaysia]].<ref>{{cite journal |first=CP |last=Tan |title=Bukit Kepong: The Malayan Alamo |language=en |journal=Armorama |url=http://armorama.com/modules.php?op=modload&name=Sections&file=index&req=viewarticle&artid=1811 |accessdate=5 Mei 2010 |archive-date=2011-09-07 |archive-url=https://web.archive.org/web/20110907225604/http://armorama.com/modules.php?op=modload&name=Sections&file=index&req=viewarticle&artid=1811 |url-status=dead }}</ref>
 
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam pertumpahan darah di mana penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepungan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal balai polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
Baris 109:
 
===Kenyataan Semasa mengenai Peristiwa Bukit Kepong===
Pada 21 Ogos 2011 semasa satu ceramah di [[Gelugor]], [[Pulau Pinang]], [[Mohamad Sabu]] mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan mengatakan kononnya [[Muhammad Indera]] dan 180 anggota tentera pengganas [[Parti Komunis Malaya]] (PKM) semasa [[Peristiwa Bukit Kepong]] 1950 yang selayaknya digelar "wira negara" dan bukannya [[Polis Diraja Malaysia|anggota polis]] yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan balai polis Bukit Kepong, dengan mendakwa kononnya kesemua anggota polis semasa penyembelihan tersebut sebagai "pegawai British" manakala askar PKM pula dianggap "wira negara sebenar" memandangkan mereka "menentang British".<ref name="youtube">{{cite web |url=http://www.youtube.com/watch?v=ItcuiUCw4qY |title=Mat Sabu hina pejuang negara |author=Pisau.net |date= |work= |publisher= |accessdate=2 September 2011}}</ref> Ceramah tersebut, yang videonya tersebar luas di laman [[YouTube]], telah mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh [[Malaysia]], memandangkan kenyataan tersebut dianggap sabagai satu penghinaan terhadap ahli keluarga mangsa yang terkorban,<ref name="utusan">{{cite web |url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm |title=Waris tragedi Bukit Kepong tersinggung |author= |date=28 Ogos 2011 |work= |publisher=[[Utusan Malaysia]] |accessdate=2 September 2011 |archive-date=2012-10-03 |archive-url=https://web.archive.org/web/20121003010410/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm |url-status=dead }}</ref> di samping para pejuang kemerdekaan lain yang tiada kaitan dengan PKM seperti Allahyarham [[Tunku Abdul Rahman]] dan Dato' [[Onn Jaafar]].<ref name="insult">{{cite web |url=http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/8/28/nation/9387654&sec=nation |title=Mat Sabu's remarks an insult, says Tan Sri Muhyiddin |author= |date=28 Ogos 2011 |language=en |work= |publisher=[[The Star (Malaysia)|The Star]] |accessdate=2 September 2011}}</ref>
 
Walau bagaimanapun, [[Parti Islam Se-Malaysia]] (PAS) menafikan segala tuduhan tersebut serta mempertahankan kenyataan dan dakwaan Mohamad Sabu atas alasan sama.<ref name="harakah">{{cite web |url=http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/5159-isu-sebenar-ceramah-md-sabu |title=Isu sebenar ceramah Md Sabu |author= |date= |work= |publisher=[[harakah|harakahdaily.net]] |accessdate=2 September 2011 |archive-date=2011-09-11 |archive-url=https://web.archive.org/web/20110911210749/http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/5159-isu-sebenar-ceramah-md-sabu |url-status=dead }}</ref>
 
==Lihat juga==