Cermin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Buang semua yang ada pautan fail untuk selamanya
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Padam sudut
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 15:
Untuk kerja optikal saintifik , ''cermin dielektrik'' biasanya digunakan. Ia merupakan substrat kaca (atau kadang-kadang bahan lain) yang disaluti satu atau lebih lapisan bahan dielektrik untuk menghasilkan penyaduran optik. Melalui pemilihan teliti tentang jenis dan ketebalan lapisan dielektrik, julat panjang gelombang dan jumlah pantulan cahaya daripada cermin boleh ditetapkan. Cermin terbaik dari jenis ini dapat memantulkan >99.999% cahaya yang menuju ke cermin tersebut. Cermin-cermin jenis ini selalunya digunakan dalam laser.
 
Sinaran cahaya dipantul oleh cermin pada sudut pantulan yang bersamaan dengan sudut tuju. Iaitu, sekiranya sinar cahaya memancar atas permukaan cermin pada sudut 30° dari tegak, maka ia akan dipantul pada titik tuju pada sudut 30° dari tegak pada arah yang bertentangan.
 
Bertentangan dengan kepercayaan am, cermin sebenarnya tidak menyongsangkan kiri-ke-kanan; ia sebenarnya menyongsangkan depan-ke-belakang sementara komponen kiri-ke-kanan dan atas-ke-bawah kekal tanpa perubahan. Kekeliruan berpunca daripada persepsi bahawa seandainya seseorang berdiri di belakang cermin berdepan dengan kita, seperti bagaimana kelihatan dalam pantulan kita, maka mereka akan kelihatan songsang kiri-ke-kanan relatif kepada diri kita sendiri. Akan tetapi, songsangan kiri-ke-kanan ini bukanlah dihasilkan oleh cermin tersebut, sebaliknya oleh orang khayalan yang bergerak kiri-ke-kanan untuk menghadap kita daripada belakang cermin.