Senario The Movie Episode 2: Beach Boys: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 45:
Kisah bermula apabila Azli, Wahid, dan Mazlan sampai di jeti dan ketika menaiki feri, dompet mereka telah dicuri. Mereka juga terlanggar tiga orang gadis iaitu, Qasidah, Hamidah dan Zuraidah yang juga ingin menaiki feri yang sama dan terjadilah perbalahan kecil antara mereka. Setelah sampai di Teluk Dalam Resort, mereka bertiga terperanjat apabila mendapati bahawa Teluk Dalam Resort tidak seindah seperti yang disangka. En Mansor, pemilik resort tersebut memberitahu mereka bahawa dahulu resortnya cantik, tapi lama kelamaan resortnya tidak lagi dapat menarik perhatian pengunjung. Lalu tiga sekawan ini pun berhasrat untuk meninggalkan Teluk Dalam Resort lalu datang anak-anak perempuan En Mansor iaitu tiga gadis yang mereka terlanggar di feri tadi. Pada masa yang sama, Azli mendapati Qasidah adalah bekas kekasihnya suatu ketika dahulu dan terpisah akibat tentangan dari ayah Qasidah iaitu En Mansor sendiri.
Azli, Wahid, dan Mazlan mulai berbincang untuk memajukan kembali Teluk Dalam Resort dengan syarat En Mansor membenarkan mereka tinggal disitu selama 2 minggu secara percuma. Setelah mencapai persetujuan, mereka pun giat memulakan operasi untuk memajukan resort tersebut sehinggalah resort tersebut berubah wajah menjadi lebih menarik. Pelbagai aktiviti dirancang tetapi resort tersebut tetap tidak dapat meraih perhatian pengunjung. Mereka tiga sekawan mulai berputus asa dan berhasrat untuk keluar daripada resort itu. Pagi esoknya, ketika mereka bertiga bersiap untuk keluar dari resort itu, mereka ternampak Remy keluar dari pejabat En Mansor dan beliau mengatakan masalah mereka telah selesai kerana Remy akan membantunya semula memajukan semula resortnya, tetapi Mazlan tiba-tiba teringat yang mereka pernah di dalam satu lokap bersama Remy dahulu kerana cubaannya menipu seorang datin. Remy berasa amat marah apabila cubaannya menipu En Mansor gagal dan mengarahkan pembantunya Jonny menculik Qasidah.
Ketika Azli, Mazlan dan Wahid mahu pulang, tiba-tiba seorang penduduk melaporkan bahawa beliau ternampak Remy menculik Qasidah.Mereka bertiga (termasuk Hamidah dan Zuraidah) mengejar hingga ke Jeti Sungai Pinang Kechil. Mereka meminjam sebuah bot nelayan lalu sampai ke sebuah pulau yang dinamakan Pulau Tengkorak. Azli, Wahid, dan Mazlan menyamar sebagai orang asli pulau itu dan menyelamatkan Qasidah. Namun begitu, Remy dan orang- orang bawahannya berjaya mengepung mereka. Tetapi, anggota Polis Marin telah mengepung tempat persembunyiannya dan kemudian menangkap Remy dan konco-konconya.
Selepas penangkapan tersebut, En. Mansor menyatakan hasratnya untuk menyatukan Azli dan Qasidah. Belum sempat En.Mansor menghabiskan ayatnya,Azli telahpun menerima hasrat En. Mansor tersebut. Wahid pula digabungkan dengan Hamidah manakala Mazlan pula digandingkan dengan Zuraidah.
 
==Pelakon==
* [[Lan Pet Pet]] sebagai Mazlan
 
==Rujukan==