Juvana (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 35:
Keadaan di dalam Sekolah Indera Sakti tidak mudah buat Apek dan rakan-rakannya. Apek dan Kicap sempat menemui ibu dan ahli keluarga sewaktu sesi lawatan keluarga. Kicap yang bakal keluar tidak lama lagi dapat dihidu oleh geng Lan Todak. Pada waktu tersebut, Apek risaukan keadaan ibunya yang sedang sakit. Lalu, Lan Todak bersama Jamal dan rakan-rakan yang lain cuba mencipta huru-hara bagi melambatkan lagi tempoh Kicap di sekolah tersebut. Pergaduhan tercetus dan akhirnya mereka yang terlibat diletakkan dalam tahanan. Apek merayu supaya beliau dilonggarkan berikutan ingin melihat ibunya yang sakit. Namun, tidak diendahkan kerana tidak ada sesiapa yang terlibat dalam pergaduhan tersebut ingin membuka mulut tentang pergaduhan itu. Takdir menentukan, Apek tidak sempat melihat ibunya kerana pada malam tersebut, ibunya meninggal dunia.
 
Situasi tersebut membuatkan Apek dalam keadaan tidak tentu hala. Botak, yang menginginkan kembali zaman beliau, telah mengapikan Apek supaya memukul Lan Todak. Peluang tiba buat Apek, apabila Lan Todak ingin mandi. Lalu, Apek melunaskan segalanya. Mereka yang terlibat didenda. Botak yang begitu berpuas hati dipanggil oleh Warden Tuan Ali untuk memberi pengajaran buat beliau, terus menghilangkan kekejaman yang selama ini merajai jiwa Botak sejak dulu lagi. Insiden tersebut turut mengubah kelakuan Apek, yang kini mengambil alih kelakuan Botak.
 
Daim mengambil keputusan untuk berhenti sekolah, berikutan pembongkaran kisah silam beliau oleh pelajar yang tidak bertanggung-jawab. Kes Daim tersebut turut mengguris hati Sara, lalu Sara mulai meninggalkannya. Namun, dorongan Pengetua memberikan kekuatan buat Daim untuk terus belajar disana. Kejadian sebenar dijelaskan oleh Daim sendiri, dan akhirnya diterima oleh semua orang termasuklah Sara. Mereka berjumpa di surau selepas sekolah. Namun mereka diserang oleh budak-budak tidak berdisiplin itu, sehingga menyebabkan Daim dihantar ke hospital.
Baris 43:
Ketika dihospital, Kicap terserempak dengan Daim, lalu menceritakan keadaan di sekolah baru itu. Keadaan yang kurang baik itu menyebabkan Daim mengambil keputusan untuk melawat mereka. Masanya tiba, Daim dapat melawat sahabat-sahabatnya. Namun, kejadian yang tidak diingini berlaku. Lan Todak memimpin gerakan rusuhan di sekolah tersebut, sambil melaungkan nama Botak, berikutan sejarah beliau di Sekolah Wira Bakti. Para pelawat diletakkan dalam kawalan rapi, sementara Apek dan kawan-kawan pergi melihat keadaan yang berlaku. Mereka yang pernah melalui situasi seperti itu, telah membawa keluar para pelawat dari kawasan tersebut.
 
Apek yang pertama menemui Lan Todak. Berlaku pertarungan antara mereka sehinggalah Daim sampai untuk menyelamatkan Apek. Botak tiba untuk melakukan perhitungan denga Lan Todak. Botak cuba memberi nasihat, namun tidak diendahkan oleh Lan Todak. Berlakukan pergaduhan antara mereka sehingga mencederakan Botak. Belum sempat Lan Todak ingin menamatkan hidup Botak, Warden Tuan Ali tiba dan menangkap Lan Todak.
 
Mereka yang terlibat dihukum dan tempoh tahanan pelajar-pelajar Wira Bakti telah dikurangkan atas jasa mereka semasa situasi tersebut. Pada babak akhir, mereka ditegur oleh Warden Encik Raja ([[Bront Palarae]]).