Bumi Putra Rockers: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 26:
Kumpulan Bumiputra Rockers atau singkatannya BPR telah ditubuhkan pada tahun 1985 oleh gitaris utamanya, [[Awang BPR|Norzaini Mohammad]] atau lebih dikenali sebagai Awang. BPR pada asalnya adalah pecahan daripada beberapa kumpulan rock yang bergiat aktif di Johor Bahru, antaranya [[Kumpulan Titanic|Titanic]], [[Kumpulan Hurricane|Hurricane]], [[Kumpulan Split Times|Split Times]], [[Kumpulan Purple Grass|Purple Grass]] dan Firestarter.
 
PadaSejarah suatukumpulan hari,ini bermula apabila Awang telah mengumpulkan beberapa orang rakannya iaitu Joey (vokal), Yem Bai (bass), Yem C (2nd lead - meninggal dunia) dan seorang pemain dram (tidak diketahui namanya) untuk ''"jamming"'' secara suka-suka di salah satu studio di KOMTAR Johor Bahru. Di situlah keserasian antara mereka mula timbul dan Awang telah mengambil keputusan untuk membawa kumpulan ini ke Kuala Lumpur untuk memulakan misi mereka menjadi artis rakaman.
 
Di Kuala Lumpur, mereka kemudiannya dipertemukan dengan seorang pengurus artis bernama Wan Redzmann yang juga bekas pelumba kereta. Bermula dari situlah mereka mula mendapat peluang untuk mengadakan persembahan di seluruh negara. Untuk memantapkan lagi persembahan mereka di atas pentas, Awang telah membawa masuk pemain dram baharu bernama Raja Zainal (Enal) yang juga merupakan kenalan mereka di Johor Bahru untuk menggantikan pemain dram yang sedia ada. Pada masa ini, mereka tidak lagi mempunyai nama kumpulan yang tetap dan sering menggunakan nama kumpulan yang berbeza setiap kali mereka mengadakan petunjukan pentas.