Bumi Putra Rockers: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
Sekembalinya mereka di Kuala Lumpur, Ito dari [[kumpulan Blues Gang]] telah menawarkan mereka untuk menjadi artis rakaman pertama di bawah label Ito Productions. Maka, lahirlah album pertama mereka berjudul ''Selamat Pagi Malaysia'' yang dikeluarkan pada tahun 1986. Malangnya, album tersebut kurang mendapat sambutan dan Ito akhirnya terpaksa melepaskan kumpulan ini daripada label produksinya. Pada masa yang sama, Yem C mengambil keputusan untuk mengundurkan diri, menjadikan BPR hanya empat orang anggota iaitu Joey, Awang, Yem Bai dan Enal.
 
Setahun kemudian, BPR telah mendapat tawaran daripada Life Rekod (kini Life Records) untuk menghasilkan album pertama BPR di bawah label tersebut, sekaligus merupakan album kedua BPR dalam sejarah industri muzik tempatan. Maka, lahirlah album kedua BPR berjudul ''Bisa'' pada tahun 1987. Album ini juga telah menyaksikan BPR kembali berlima dengan kemasukan Harun Ahmad sebagai gitaris kedua mereka yang juga berasalsenegeri daridengan Johoranggota BahruBPR sebagaiyang gitarissedia kedua merekaada.
 
Pada awal penerbitan album Bisa, album ini juga kurang mendapat sambutan sepertimana yang berlaku pada album pertama mereka sebelum ini. Namun, puncak populariti mereka akhirnya berjaya diraih setelah mereka mengadakan persembahan di '''''Pesta Hiburan Kingsway''''' yang bertempat di Padang Semarak, Kuala Lumpur di mana persembahan mereka turut ditayangkan di seluruh Malaysia melalui RTM. Penangan daripada konsert tersebut telah menyebabkan staf-staf Life Rekod terpaksa bekerja lebih masa semata-mata untuk menyiapkan ratusan ribu unit album tersebut.