Bumi Putra Rockers: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
Sekembalinya mereka di Kuala Lumpur, Ito dari [[kumpulan Blues Gang]] telah menawarkan mereka untuk menjadi artis rakaman pertama di bawah label Ito Productions. Maka, lahirlah album pertama mereka berjudul ''Selamat Pagi Malaysia'' yang dikeluarkan pada tahun 1987. Malangnya, album tersebut kurang mendapat sambutan dan Ito akhirnya terpaksa melepaskan kumpulan ini daripada label produksinya. Pada masa yang sama, Yem C mengambil keputusan untuk mengundurkan diri, menjadikan BPR hanya empat orang anggota iaitu Joey, Awang, Yem Bai dan Enal.
 
Setahun kemudian, BPR telah mendapat tawaran daripada Life Rekod (kini Life Records) untuk menghasilkan album pertama BPR di bawah label tersebut, sekaligus merupakan album kedua BPR dalam sejarah industri muzik tempatan. Maka, lahirlah album kedua BPR berjudul ''Bisa'' pada tahun 1987. Albumdi inimana jugaBPR telahmasih menyaksikanlagi BPR kembali berlimakekal dengan kemasukan4 Harun Ahmad sebagai gitaris kedua mereka yang juga senegeri denganorang anggota BPR yang sedia ada.
 
Pada awal penerbitan album Bisa, album ini juga kurang mendapat sambutan sepertimana yang berlaku pada album pertama mereka sebelum ini. Namun, puncak populariti mereka akhirnya berjaya diraih setelah mereka mengadakan persembahan di '''''Pesta Hiburan Kingsway''''' yang bertempat di Padang Semarak, Kuala Lumpur di mana persembahan mereka turuttelah ditayangkan di seluruh Malaysia melalui RTM. Penangan daripada konsert tersebut telah menyebabkan staf-staf Life Rekod terpaksa bekerja lebih masa semata-mata untuk menyiapkan ratusan ribu unit album tersebut. Ketika inilah BPR kembali berlima apabila mereka membawa masuk seorang kenalan mereka di Johor Bahru bernama Harun Ahmad sebagai gitaris kedua BPR. Harun kemudiannya membuat debut bersama BPR menerusi album ketiga kumpulan tersebut yang dikeluarkan pada tahun 1990 berjudul ''Kelab Jiwa Luka''. Seperti yang dijangka, album ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan beberapa lagu hit, antaranya ''Dari Sinar Mata'', ''Sudah Sampai Sini'', ''Ku Tanggung Cinta Dusta Yang Membara'' dan ''Dendam Cinta Seusia Dunia''. Lagu ''Dari Sinar Mata'' ciptaan gitaris utama BPR, Awang berjaya mara ke peringkat akhir [[Juara Lagu 1990]].
 
== Anggota Kumpulan ==