Perbadanan Televisyen Singapura: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16:
Pada 1999 juga, TCS telah melancarkan [[Channel NewsAsia]] sebuah saluran yang menyiarkan berita sepanjang hari. Pada 2000, TCS melancarkan saluran ''SportCity'' yang menayangkan rancangan-rancangan sukan. SportsCity kemudiannya diubah nama kepada ''CityTv'' pada 2001 yang menyiarkan rancangan-rancangan yang lebih bervariasi selain daripada sukan tetapi ditutup pada 2002 disebabkan kegawatan ekonomi dan juga masalah kurang penonton.
 
Pada 2004 MediaCorp TV bergabung dengan SPH MediaWorks yang menyediakanmengendalikan dua saluran iaitu Channel i, saluran berbahasa Inggeris dan Channel U, saluran berbahasa Mandarin. Melalui penggabungan ini MediaCorp TV menjadi MediaCorp TV Holdings dengan pegangan 80% untuk MediaCorp dan 20% untuk SPH MediaWorks. Dua saluran kendalian SPH MediaWorks pula diambil alih oleh MediaCorp. Pada 1 January 2005 Channel i ditamatkan operasinya kerana pasaran program berbahasa Inggeris yang kecil di Singapura manakala Channel U kekal bersiaran sehingga kini.
 
Menjelang suku keempat 2008 MediaCorp TV12 akan melancarkan satu lagi saluran terbaru dikenali sebagai Vasantham khusus untuk masyarakat India. Ia adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat India di Singapura untuk menonton rancangan dan program-program India selama lebih 8 jam setiap hari. Manakala saluran Central dikhususkan untuk kanak-kanak sahaja dan juga untuk dewasa melalui Arts Central.