Ron Weasley: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Escarbot (bincang | sumb.)
Baris 61:
Ketika cuti musim panas, Ron menulis surat untuk Harry beberapa kali, tetapi tidak pernah dibalas (kerana Hedwig, burung hantu Harry, dikurung oleh keluarga Dursley). Lagipun, suratnya telah diambi oleh [[Dobby]]. Ron cemas dan meyakinkan Fred dan George untuk menerbangkan [[Ford Anglia]] milik bapa mereka yang telah diubahsuai untuk menyelamatkan Harry. Mereka berjaya namun setibanya mereka di Burrow, Ron, Fred dan George dimarahi ibu mereka.
 
Setelah Dobby si Pari-pari Rumah menghalang Ron dan Harry memasuki Platform 9 ¾, Ron mendapat ilham untuk menerbangkan Ford Anglia ke Hogwarts. Mereka nyaris berjaya tetapi ketika di halaman Hogwarts, tiba-tiba kereta itu kehilangan tenaga dan menerjah [[Dedalu Perkasa]]. Itu menyebabkan ongkattongkat Ron patah. Dia cuba untuk melekatkannya dengan [[Spellotape]], tetapi tongkat yang dahulunya milik Charlie itu tidak bleh berfungsi seperti biasa. Kemudian, 'disambut' oleh Snape yang gembira kerana mempunyai kesempatan untuk membuang mereka dari Hogwarts, tetapi mujurlah mereka segera diselamatkan oleh Dumbledore. Pada keesokan harinya, Ron menerima [[Howler]] daripada ibunya.
 
Ron, Harry, dan Hermione mencurigai [[Draco Malfoy]] sebagai [[pewaris Slytherin]] yang membuka [[Bilik Rahsia]]. Untuk menyiasat hal ini, Ron dan Harry meminum [[Posyen Polijus]] dan menyamar sebagai [[Vincent Crabbe]] dan [[Gregory Goyle]]. Hasilnya, mereka mengetahui bahawa Malfoy bukanlah pewaris Slytherin dan Hermione terpaksa bermalam di hospital kerana rambut yang dianggapnya milik [[Millicent Bulstrode]] sebenarnya adalah bulu kucing.