Krisis Perlembagaan Malaysia 1988: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kekesalan |
|||
Baris 8:
Terwujud satu kempen yang amat gigih untuk mendapat sokongan daripada lebih kurang 1,500 wakil cawangan di seluruh negara yang akan memilih pegawai-pegawai parti. Penyokong-penyokong Razaleigh mengharapkan beliau akan menang, dan dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama selepas pengiraan undi, terdapat khabar-khabar angin bahawa Razaleigh telah menang. Bagaimanapun, keputusan rasmi mengisytiharkan Mahathir sebagai pemenang, dengan 761 undi berbanding 718 undi untuk Razaleigh. [[Ghafar Baba]], calon Pasukan A untuk Timbalan Presiden, menewaskan [[Musa Hitam]] daripada Pasukan B, dan Pasukan A juga memenangi 16 daripada 25 dalam Majlis Agung UMNO. <ref>Means, m.s. 204.</ref>
Penyokong-penyokong Razaleigh berasa susah hati tentang pemilihan ini yang mereka berkeras mengatakan telah dimanipulasi. Mahathir membuat kemarahan mereka bertambah buruk apabila beliau menyingkirkan semua ahli Pasukan B daripada [[Kabinet Malaysia|Kabinet]]nya. <ref>Means, m.s. 204–205.</ref> Oleh itu, [[UMNO 11|12 orang ahli UMNO]] mengemukakan [[tuntutan mahkamah]] di [[Mahkamah Malaysia|Mahkamah Tinggi]] untuk memperoleh perintah mahkamah yang mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan tidak sah supaya dapat mengadakan pemilihan yang baru. Plaintif-plaintif itu mendakwa bahawa 78 orang wakil telah dipilih daripada cawangan-cawangan yang tidak berdaftar dengan [[Pendaftar Pertubuhan Malaysia|Pendaftar Pertubuhan]] dan oleh itu, tidak
Kemudian, salah satu daripada dua belas plaintif itu menarik diri (mereka kemudiannya dikenali [[UMNO 11]]), tetapi sebelas plaintif yang tinggal meneruskan tuntutan mahkamah mereka. Makhamah Tinggi akhirnya memberikan kedua-dua pihak dua minggu untuk mencapai penyelesaian di luar mahkamah. Sebuah "Panel Perpaduan" UMNO dibentuk untuk menangani perundingan-perundingan supaya dapat bertolak ansur. Bagaimanapun, perbezaan-perbezaan antara mereka jelas sukar diselesaikan — Pasukan B mendesak untuk mengadakan pemilihan baru, manakala Pasukan A mendesak bahawa tuntutan mahkamah ditarik balik dan satu penyelesaian menutup malu dicapai untuk membenarkan sebilangan ahli daripada Pasukan B untuk mengekalkan keahlian mereka dalam parti. Akhirnya, sebelas plaintif itu mengisytiharkan bahawa mereka akan mendapat penghakiman muktamad daripada mahkamah. <ref>Means, m.s. 215–216.</ref>
|