Pariti kuasa beli: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 12:
 
=== Pariti kuasa beli relatif ===
Pariti kuasa beli selalu dipanggil '''pariti kuasa beli ''mutlak''''' untuk membezakannya dari teori '''pariti kuasa beli ''relatif''''' yang berkaitan, yang meramal hubungan antara kadar inflasi relatif dua negara dan perubahan dalam kadar pertukaran mata wangnya.
 
Pariti kuasa beli mengaitkan kadar inflasi (perubahan takat harga) di setiap negara kepada perubahan kadar pertukaran pasaran.
 
<math>\frac{S_t}{S_{t-1}}=\frac{P_{t}^*/P_{t-1}^*}{P_{t}/P_{t-1}}</math>,
 
yang mana <math>S_t</math> ialah [[kadar lani]] (''spot rate'') dalam Mata Wang Asing/Mata Wang Tempatan dan <math>P_t</math> ialah takat harga dalam satu tempoh&nbsp;''t'' (nilai asing bertanda bintang). Perhubungan ini adalah perlu tetapi tidak cukup untuk pariti kuasa beli mutlak.
 
Mengikut teori ini, perubahan dalam kadar pertukaran ditentukan oleh perubahan takat harga di kedua-dua negara. Contohnya, jika harga di [[Amerika Syarikat]] naik 3% manakala harga di [[Kesatuan Eropah]] naik 1% maka kuasa beli [[dolar Amerika Syarikat]] sepatutnya susut nilai sebanyak 2% berbanding kuasa beli [[euro]] (begitu juga [[euro]] akan naik nilai sebanyak 2%).
 
=== Penyamaan pariti kuasa beli dan hukum satu harga ===