Udang galah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Galahunter (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Disambiguation links
 
Baris 17:
| binomial_authority = [[Johannes Govertus de Man|de Man]], 1879
}}
'''Udang galah''' ([[Jawi]]: '''اودڠ ݢاله''') atau nama saintifiknya ''Macrobrachium rosenbergii'' merupakan sejenis [[udang]] air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat [[air payau]] bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga [[sungai]], [[tasik]], dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan [[tropika]] dan [[subtropika]] di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam.
 
Malaysia adalah negara pertama yang menemui cara-cara untuk menternak udang galah pada era 1960-an. Ini menyebabkan banyak negara asing memberi nama timangan kepada udang galah sebagai "Udang Malaysia". Namun kini penghasilan udang galah di Malaysia lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain seperti Bangladesh, Vietnam, Thailand, China, Indonesia dan Taiwan. Pengeluar udang galah terbesar di dunia adalah negara China diikuti oleh negara Bangladesh. Negara seperti Vietnam, Thailand, Taiwan dan Indonesia juga menghasilkan udang galah lebih banyak daripada Malaysia.