Krisis Perlembagaan Malaysia 1988: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 27:
Kes "UMNO 11" hanya merupakan salah satu daripada sebilangan kes yang menjengkelkan Dr. Mahathir dan kerajaannya. Kes terhadap dua orang wartawan yang tersebut di atas tertimbul ketika [[John Berthelsen]] dan [[Raphael Pura]] menulis sebuah siri makalah terhadap urusniaga-urusniaga kewangan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang diragui tidak etika dan sah. ''[[Jurnal Asian Wall Street]]'' yang menerbitkan makalah-makalah itu diharamkan dengan segera, dan Dr Mahathir selaku [[Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri|Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri]] membatalkan permit-permit kerja Berthelsen dan Pura. Bagaimanapun, Mahkamah Agung mengubah pembatalan permit kerja Berthelsen disebabkan dia tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan kerajaan. Disebabkan ini, pengharaman ''Jurnal Asian Wall Street'' juga ditarik balik. <ref>Means, m.s. 140, 236.</ref>
 
Dalam lagi satu kes, Mahkamah Agung menggunakan kuasa [[kajian semula kehakiman]], dan membatalkan pindaan-pindaan kepada [[Kanun Prosedur Jenayah]] yang memberikan kuasa kepada [[Peguam Negara]] untuk memulakan prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa melalui Mahkamah Majistret. Selepas [[Operasi LallangLalang]] pada tahun 1987 di mana kerajaan menahan beberapa penentang politik tanpa [[perbicaraan]] di bawah [[Akta Keselamatan Negeri (Malaysia)|Akta Keselamatan Negeri]] (ISA), Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan [[Karpal Singh]] untuk dibebaskan daripada penahanan disebabkan keteknikan-keteknikan terhadap cara beliau ditahan. <ref>Means, m.s.. 236&ndash;237.</ref>
 
Dr Mahathir habis sabar terhadap kes yang terakhir ini. Pada minggu yang berikut, beliau menyerahkan beberapa pindaan perlembagaan kepada Parlimen untuk melucutkan "kuasa kehakiman Persekutuan" dan hanya memberikan mereka kuasa kehakiman sebagaimana yang Parlimen ingin memberikan. Sebagai justifikasi untuk pindaan-pindaan itu, Dr. Mahathir berkata: "...mahkamah-mahkamah telah memutuskan bahawa dalam penguatkuasaan undang-undang, mereka terikat kepada tafsiran-tafsiran sendiri dan bukannya terhadap alasan-alasan yang menyebabkan Parlimen merumuskan undang-undang ini... akhir-akhir ini, badan kehakiman telah berasa wajar untuk menyentuh perkara-perkara yang dahulu dianggap sebagai hanya dalam kuasa eksekutif." <ref>Means, m.s. 237.</ref>