James Peter Ongkili: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 26:
Pada Julai 1990 beliau kalah bertanding di kerusi DUN [[Tamparuli]] atas tiket PRS. Beliau dikalahkan oleh Datuk [[Wilfred Bumburing]] dari [[Parti Bersatu Sabah]] ([[PBS]] yang dipimpin oleh bapa saudaranya, ''Huguan Siou'' Tan Sri Datuk Seri Panglima [[Joseph Pairin Kitingan]]. Pada 1 Ogos 1990 beliau mengumumkan berhenti menjadi presiden PRS dan arena politik tetapi menyertai [[Parti Bersatu Sabah]] pada Mac 1981 di kawasan Tamparuli.
 
Beliau menyumbang kepada penulisan prinsip [[Rukun Negara]] yang menjadi asas kepada pembentukan [[masyarakat majmuk]] di [[Malaysia]] dan salah satu pencetus idea [[Wawasan 2020]]. Beliau merupakan nasionalis sebenar dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Dr. James mengkaji sejarah negara, pembinaan negara Malaysia dan [[hubungan etnik]]. Dia banyak berfikir sebagai ahli politik agar hubungan toleransi terjalin antara etnik.
 
Bekas Setiausaha akhbar beliau, Datuk Almain Ajirul yang kini menjadi Pengarah Penerangan Sabah (kini bersara) menganggap Dr. James sebagai seorang yang bekerja kuat.
 
==Meninggal dunia==