James Peter Ongkili: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 24:
Dr. James dilantik oleh [[Perdana Menteri Malaysia]], Tun Dr. [[Mahathir Mohamad]] sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2 Jun 1983. Selepas itu beliau tidak bertanding di DUN [[Tamparuli]]. Beliau dilantik sebagai Menteri Kehakiman dalam rombakan kabinet pada 14 Julai 1984.
 
Beliau bersara dari politik pada Julai 1986 dan tidak dicalonkan oleh parti Berjaya untuk kerusi [[Tuaran (kawasan persekutuan)|parlimen Tuaran]]. Pada Mei 1988, beliau mengundurkan diri dari parti [[Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah|Berjaya]]. PadaDua bulan kemudian iaitu pada Julai 1988, beliau mengasaskan [[Parti Rakyat Sabah]] (PRS) dan menjadi presiden pertama.
 
Pada Julai 1990, beliau kalah bertanding di kerusi DUN [[Tamparuli (kawasan negeri)|Tamparuli]] atas tiket PRS. Beliau dikalahkan oleh Datuk [[Wilfred Bumburing]] dari [[Parti Bersatu Sabah]] ([[PBS]] yang dipimpin oleh bapa saudaranya, ''Huguan Siou'' Tan Sri Datuk Seri Panglima [[Joseph Pairin Kitingan]]. Pada 1 Ogos 1990 beliau mengumumkan berhenti menjadi presiden PRS dan arena politik tetapi menyertai [[Parti Bersatu Sabah]] pada Mac 1981 di kawasan Tamparuli.
 
Beliau menyumbang kepada penulisan prinsip [[Rukun Negara]] yang menjadi asas kepada pembentukan [[masyarakat majmuk]] di [[Malaysia]] dan salah satu pencetus idea [[Wawasan 2020]]. Dr. James mengkaji sejarah negara, pembinaan negara Malaysia dan hubungan etnik.