KLIA Transit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
kemaskini
Baris 30:
|}
 
[[KLIA Transit]] adalah perkhidmatan kereta api laju pengantara yang menghubungkan bandar raya [[Kuala Lumpur]] dengan [[KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa KL]] (KLIA). Ia membuat tiga hentian segera di [[Bandar Tasik Selatan]], [[Putrajaya]] dan [[Salak Tinggi]].
 
KLIA Transit dikendalikan Express Rail Link Sdn Bhd yang turut mengendalikan perkhidmatan kereta api laju tanpa henti, '''[[KLIA Ekspres]]'''.
 
==Latarbelakang==
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah sebuah syarikat swasta milik bersama [[YTL Corporation Berhad]], [[Lembaga Tabung Haji]] dan Trisilco Equity Sdn Bhd dengan masing-masing mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10%. Pada [[25 Ogos]] [[1997]], kerajaan [[Malaysia]] telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung [[Kuala Lumpur]]-[[KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa KL]].
 
Kerja-kerja pembinaan pula bermula pada bulan [[Mei]] [[1997]] dan siap lima tahun kemudian. Ia diserahkan kepada konsortium SYZ, sebuah konsortium usahasama diantara syarikat [[Jerman]] dan [[Malaysia]] iaitu [[Siemens AG]], Siemens Electric Engineering Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd. ERL Maintenance Support Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun [[1999]] bertanggungjawab terhadap operasi dan selenggaraan tren milik syarikat induk berkenaan. Ia pada mulanya adalah sebuah syarikat usahasama diantara Express Rail Link Sdn Bhd dan Siemens AG tetapi kini dimiliki sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd.
 
Krisis kewangan yang melanda rantau [[Asia]] pada tahun [[1997]] menyebabkan projek tersebut tergendala seketika. Walaubagaimanapun, atas sokongan padu kerajaan Malaysia projek rel penghubung [[Kuala Lumpur]]-[[KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa KL]] diteruskan. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion yang dibiayai melalui pengabungan ekuiti (RM500 juta), pinjaman kewangan sebanyak RM940 juta daripada Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) dan baki selebihnya melalui kemudahan eksport kredit daripada empat institusi kewangan [[Jerman]]. Express Rail Link Sdn Bhd mencapai keuntungan pada tahun 2003 setelah hanya satu tahun beroperasi.
 
===KLIA Transit===
Perkhidmatan komersil pertama KLIA Transit bermula pada [[1 Jun]] [[2002]] sebagai pengangkutan rel penghubung utama bagi bandar raya [[Kuala Lumpur]], Bandar Tasik Selatan, [[Putrajaya]], [[Cyberjaya]], Salak Tinggi dan [[KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa KL]]. Kumpulan penumpang sasaran KLIA Transit ialah penduduk di sekitar kawasan stesen perhentian KLIA Transit, kakitangan [[KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa KL]], kakitangan kerajaan di [[Putrajaya]], golongan pelajar dan warga pekerja di [[Cyberjaya]] yang kerap berulak-alik menggunakan perkhidmatan rel pengantara tersebut. Selain itu, KLIA Transit juga adalah pengangkutan awam alternatif bagi menyaksikan perlumbaan kereta [[formula 1]] di [[Litar Antarabangsa Sepang]].