Susu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 26:
Sekiranya dibiarkan, susu segar cenderung untuk berpisah menjadi dua lapisan; kebanyakannya menjadi susu rendah lemak di bahagian bawah dan sebahagiannya naik menjadi lapisan krim tepu lemak dibahagian atas susu layer. Krim sering kali dijual sebagai keluaran berlainan dengan kegunaannya sendiri. Di Amerika Syarikat, campuran separuh krim dan separuh susu sering kali dijual dalam jumlah yang kecil dan dikenali sebagai '''separuh dan separuh'''; separuh dan separuh seringkali digunakan bagi campuran air [[kopi]] dan kegunaan seumpamanya.
 
Susu yang dihasilkan bagi pengunaan perdagangan perlu melalui beberapa proses. [[Pemasturan]] adalah proses memanaskan susu untuk tempoh yang singkat bagi membunuh mikro-organisma merbahaya, diikuti dengan penyejukan bagi simpanan dan pengangkutan. Susu sedemikian masih mudah rosak dan perlu disimpan sejuk oleh pengedar dan pengguna. Susu dijual dengan [[tarikh luput]] tercatat pada setiap bekas oleh syarikat tenusu. Proses lain bagi susu perdagangan adalah '''homogenization''', di mana susu yang dihasilkan dalam fasa tunggal (atau lapisan).
 
Susu dijual secara perdagangan biasanya ditambah dengan [[vitamin D]]. Kadang kala susu ditambah dengan [[perasa]] untuk rasa yang lebih baik. Selama beberapa tahun, susu perasa [[cokelat]]-telah dijual, tetapi pada tahun kebelakangan ini beberapa perisa susu dan krim lain juga dijual. '''Susu cokelat''' boleh samaada dihasilkan oleh pengilang atau pengguna, dengan menambah perasa cokelat dalam bentuk sirap atau tepung.