Realiti maya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
{{no footnotes|date=November 2018}}
{{translate|Virtual reality}}
[[Image:VR-Helm.jpg|thumb|300px|Seorang askar laut menggunakan pelatih payung terjun di Amerika Syarikat]]'''Teknologi maya''' ([[Tulisan Jawi]]: رياليتي ماي; {{lang-en|Virtual reality}}, disingkatkan kepada '''VR''') adalah [[persekitaran]] yang dihasilkan oleh [[komputer]]. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui [[stereoskopi|paparan stereoskop]] khas, tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fonkepala. Sesetengah sistem termaju dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh, yang dipanggil suap balas terhad.
 
Pengguna boleh berinteraksi dengan persekitaran VR, sama ada melalui peranti input piwaian seperti [[papan kekunci]] dan [[tetikus]], atau melalui peranti direka khas seperti [[sarung tangan berwayar]] dan mesin jalan (''[[treadmill]]'') pelbagai arah. Persekitaran simulasi boleh menyerupai dunia sebenar, misalnya, simulasi untuk tujuan melatih [[Simulasi penerbangan|penerbangan pesawat]] atau [[Simulasi pertempuran|tempur]], atau ia boleh berlainan sama sekali berbanding alam sebenar, sepertimana dalam permainan VR.
 
Amat sukar untuk menghasilkan pengalaman realiti maya yang sebenar-benarnya kerana kekangan teknikal pada kuasa pemproses, leraian gambar dihasilkan dan lebar jalur. Bagaimanapun, kekangan-kekangan ini dijangka dapat diatasi apabila teknologi membangunkan simulasi begini menjadi semakin maju dan murah.
 
== Latar belakang ==
Realiti maya pada asalnya membawa erti sistem lengkap sepenuhnya, walaupun ia kemudiannya telah digunakan bagi menggambarkan sistem tanpa sarung tangan berwayar atau sut sentuh, contohnya seperti [[VRML]] dan [[X3D]] pada [[World Wide Web]] dan kadang-kala juga bagi sistem interaksi berasaskan teks seperti [[MOO]] atau [[MUD]]. Sistem realiti maya bukan penuh menggunakan skrin komputer biasa, dan pengguna mengawal persekitaran maya menggunakan tetikus atau peranti input lain.