Kauntertenor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PipepBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: hu:Kontratenor
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
pautan falseto
Baris 1:
{{Vocal range}}
'''''Kauntertenor''''' merujuk kepada penyanyi [[lelaki]] dewasa yang menyanyi dalam [[lingkungan suara]] [[alto]], [[mezzo-soprano]] atau [[soprano]], kebiasaannya melalui penggunaan ''[[falseto]]'' (teknik pemalsuan suara), atau juga melalui suara naluri (head register). Istilah “kauntertenor” digunakan khas untuk konteks vokal tradisi [[muzik klasikal]]. Suara ini melalui perubahan dan populariti yang besar pada separuh awal kurun ke-20, melalui seorang [[penyanyi]] berbangsa Inggeris, Alfred Deller, yang memperkenalkan suara ini dalam [[opera]] era barok untuk menggantikan penyanyi [[kastrato]]. Sebelum itu, peranan-peranan tersebut dinyanyikan oleh penyanyi [[kastrato]], namun kerana sukar untuk mencari penyanyi [[kastrato]] pada kurun ke-20, kauntertenor mula digunakan sebagai pengganti.
 
Walaupun penyanyi kauntertenor telah lama dianggap sebagai penyanyi yang disanjungi, namun, kauntertenor-kauntertenor moden dikata lebih cemerlang dalam [[opera]] dengan repertoir yang lebih besar.
Baris 11:
==Suara kauntertenor==
{{Vocal_ranges_visual}}
Setiap suara penyanyi [[lelaki]] memiliki daftar "[[falseto]]". Dalam daftar tingkat ini, kord vokal beralih dengan membesarkan keseluruhan [[lingkungan suara]] [[penyanyi]] tersebut untuk menghasilkan bunyi "falseto". Lingkungan suara ini kebiasaannya berada di penghujung kord vokal. Penyanyi [[tenor]] menggunakan kombinasi teknik falseto dan suara dada ketika menyanyi, manakala penyanyi [[bariton]] dan [[bes (suara)|bes]] hanya berbuat demikian untuk nyanyian muzik moden sahaja.
 
Walaupun begitu, penyanyi kauntertenor kebiasaannya adalah penyanyi yang mana "vokal tengah" mereka terletak dalam lingkungan falseto. Kauntertenor yang belajar untuk meluaskan suara dada mereka untuk mendapat falseto yang lebih jelas dikenali sebagai ''falsettis''.