Need for Speed: Underground: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 47:
Masa berlalu dan pemain terus menang perlumbaan. Pemain bertemu pelumba lain, serta beransur-ansur mengumpul musuh yang terus mencabarnya tetapi dikalahkan. Dia diperkenalkan dengan TJ, yang menjanjikan naik taraf kereta unik jika menang cabaran masa; Samantha juga melakukan perkara yang sama dari masa ke semasa, tetapi dia menawarkan ubahsuai visual unik.
 
Kejayaan pemain yang berterusan langsung tidak menarik minat Eddie. Mulanya, dia mengutuk kemahiran pemain, mengatakan dia masih mentakmentah untuk 'berada di jalanan'. Lama kemudian, pemain memperoleh reputasi yang tidak mungkin dapat dihiraukan, maka Eddie mencabar pemain untuk mengalahkan Samantha dalam perlumbaan sprint sebelum berdepan dengannya; kesungguhan pemain menyahut cabaran tersebut telah mengecewakannya. Enjin [[Honda Civic]] Samantha remuk semasa dia gagal mengalahkan pemain. TJ mengambil kereta yang remuk untuk dirinya sendiri selepas itu.
 
Apabila pemain semakin menghampiri kedudukan #1 dalam semua jenis perlumbaan, Eddie cuba sekali lagi untuk menghapuskan musuhnya itu. Pada masa yang sama pula, pemain ternampak TJ di dalam kereta Samantha yang sudah diperbaiki, tetapi telah menjadi mangsa vandalisme; kereta Samantha pada awalnya mempunyai corak vinil [[Hello Kitty]], tetapi TJ menconteng corak tersebut dengan cat semburan sehingga menjadi corak "Kitty yang sudah mati". Kedua-duanya berlumba dengan mempertaruhkan kereta masing-masing, dan pemain menang sekali lagi. Akhirnya pemain memulangkan kereta tersebut kepada Samantha sebagai tanda maaf, dan dia memberi pilihan kit badan lebar untuk kereta pemain.