Bharathanatayam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 2 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8.1
Angelica2070 (bincang | sumb.)
k mengedit kesalahan ejaan #100hariwiki
Baris 1:
[[Fail:Indian-dancer-nataraja.png|thumb|250x316px|kiri|Seorang penari wanita India mengambarkan ciri-ciri gaya [[Nataraja]]]]
 
'''Tarian Bharathanatyam''' merupakan salah satu gaya [[tarian klasik]] [[India]]. Bharathanatyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasai perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai pergerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap,penuh dengan kegemilangankegembiraan. Tarian ini berasal daripada wilayah [[Tamil Nadu]] di bahagian selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. SatuSebuah persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaran, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nriya (tarian Ekspressi).
 
== Tarian India ==
=== Latar belakang dan sejarah Tarian Bharata Natyam ===
 
Kebudayaan India telahpuntelah pun wujud selama beriburibuan tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan berbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. BharataBharatan Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
 
Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:
Baris 12:
BA (ekspresi) + RA (muzik) + THA (irama) + NATYAM (tarian) = Baratha Natyam
 
Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan turunan dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api.
 
Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia. Beberapa teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman pertengahan, raja-raja setempat sering mengundang penari-penari di candi iaitu devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk tujuan hiburan semata-mata.
Baris 51:
* Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva dan salah satu perkara Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan lambat byapti.
Selain perkara-pekara ini yang agak moden, terdapat perkara yang dahulu kala seperti Kautuvam, Koothu, Shlokam, Swarajathi, dan Krithi. Persembahan disimpulkan dengan lagu daripada beberapa ayat-ayat agama sebagai satu bentuk ucapan syukur. Gaya tertentu mempunyai perkara-perkara yang lebih maju, seperti Tharanga Nritham dan Suddha Nritham. Apabila seorang penari telah menguasai semua elemen tarian Bharata Natyam, semasa persembahan, diapenari biasanya mempersembahkan Arangetram (debut).
 
== Rujukan ==