Seandainya Masih Ada Cinta (lagu): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Atas Nama Cinta (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 17:
| Misc
}}
'''Seandainya Masih Ada Cinta''' merupakan sebuah lagu balada berentak R&B yang dinyanyikan oleh penyanyi popular [[Dayang Nurfaizah]]. Lagu ciptaan Ajai dan Syed EnV ini berjaya melonjakkan nama Dayang ke senarai papan atas penyanyi di Malaysia. Ia sebuah lagu yang disifatkan sangat menguji pengawalan vokal terutama nada rendah selain lagu ini juga sangat menyentuh jiwa pendengar{{fact}}. Ia bertahan sebagai juara di carta-carta muzik selama berminggu-minggu dan memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah Lagu Paling Popular Serantau di [[Anugerah Planet Muzik 2002]] serta menjadi Juara Kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke 16 dan Lagu Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik 2002]]. Lagu ini juga memenangi anugerah Pilihan Hits Pendengar Radio Malaysia Kuala Lumpur dan Radio Muzik di Dataran Merdeka pada 4 Mei 2002. Lagu ini memahat kedudukan di tempat keempat dalam senarai 100 Terhangat Di Era 2001.
 
Muzik video ini telah dirakamkan di [[Jakarta]], [[Indonesia]] setelah lagu ini meletup di negara tersebut manakala Dayang pernah membawakan lagu ini dalam pelbagai gubahan dalam tahun-tahun selepas itu. Ia disifatkan sebagai salah sebuah balada terbaik dalam sejarah industri muzik [[Malaysia]]{{fact|Menurut siapa?}} dan malar segar hingga kini.