Perang Saudara England: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tikar aurum (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Perang Saudara Inggeris ''' (1642-1651) ialah satu siri pertelingkahan bersenjata dan komplot politik di antara penyokong-penyokong parlimen dan raja. Secara amnya konflik ini dibahag...
 
Tikar aurum (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Perang Saudara Inggeris ''' (1642-1651) ialah satu siri pertelingkahan bersenjata dan komplot politik di antara penyokong-penyokong parlimen dan raja. Secara amnya konflik ini dibahagi kepada tiga oleh ahli-ahli sejarah. Perang pertama (1642-1651) dan kedua (1648-1649) menyaksikan pertembungan di antara penyokogn-penyokong [[Charles I|Raja Charles I]] dan penyokong-penyokong ''[[Parlimen Panjang]]'', manakala perang ketiga (1649-1651) adalah perbahalan di antara penyokong-penyokong Raja Charles I dan ''[[Parlimen Sisa]]''. Perang saudara ini berakhir dengan kemenangan golongan yang berpihak kepada Parlimen di medan Perang Worcester pada [[3 September]] [[1651]].
 
Perang saudara ini turut membawa kepada pengadilan dan perlaksanaan hukuman mati ke atas Charles I, anaknya Charles II dibuang negeri dan sistem beraja diganti. Penggantian itu bermula dengan ''[[Komanwel England]]'' (1649-1653) dan diikuti pula dengan ''[[Negeri Naungan]]'' (1653-1659) di bawah pemerintahan persendirian [[Oliver Cromwel]]. Monopoli [[Mazhab Gereja England|Gereja England]] terhadap penyembahan Kristian di England turut ditamatkan dengan pihak yang menang mengukuhkan ''[[Peningkatan Protestan]]'' yang telah pun lama bertapak di Ireland. Dari sudut perlembagaan, perang-perang ini juga mewujudkan fahaman bahawa seorang raja British tidak boleh memerintah tanpa kebenaran parlimen, walaupun konsep ini hanyalah dikukuhkan selepas itu dengan ''[[Revolusi Gemilang]]'' yang terjadi pada kurun yang sama.