Lundang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Long Muhammad (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Long Muhammad (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 144:
Batas sempadan asalnya adalah bermula dari Lubuk Mulong (Jambatan Lebuh Raya Pasir Hor) di sebelah timur hingga ke kuala Sungai Lubuk Mulong di belakang [[Sekolah Kebangsaan Bunut Payong]] di sebelah barat, sebelah hulu tebing Sungai Lubuk Mulong di selatan hingga ke sempadan Kampung Bayam dan Kampong Langgar disebelah utara.
 
Nama [[Sungai Lubuk Mulong]] dahulunya dicatat dalam catatan sejarah sebagai Sungai Lundang dan merupakan sistem perhubungan utama masyarakat lampau yang menghubungkan [[Sungai Kelantan]] di sebelah barat dengan Kuala Pantai Senok melalui Sungai Pengkalan Datu (Laut) disebelah timur.
 
Pembukaan Kampung Lundang bermula pada pertengahan abad ke-18 iaitu pada tahun 1762 oleh seorang pembesar tertinggi negeri Kelantan yang masyhur dalam sejarah tradisional Kelantan yang digelar Mandur Mis dengan baginda adalah menjadi Raja Lundang pertama.