Operasi Matador: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
Kekacang (bincang | sumb.)
Baris 27:
Jeneral [[Arthur Ernest Percival |Arthur Percival]] sendiri mahukan pelancaran Ops Matador kerana percaya bahawa pertahanan [[Tanah Melayu]] dan [[Singapura]] perlu dibuat di [[Thailand]] untuk membolehkan perolehan masa bagi pasukan-pasukan bantuan sampai ke [[Malaya]]. Jeneral [[Arthur Ernest Percival |Arthur Percival]] dalam perjumpaan pada [[6 Disember]] [[1941]] dengan Gabenor Sir [[Shenton Thomas]] dan panglima tertinggi Markas Timur Jauh Ketua Marsyal Udara [[Robert Brooke-Popham]] meminta Ops Matador dilancarkan, tetapi [[Robert Brooke-Popham|Brooke-Popham]] berpendirian bahawa masih terlalu awal untuk melancarkan serangan sangkal ke atas [[Thailand]]. Pengkaji sejarah pasti merumuskan kesilapan besar [[Robert Brooke-Popham|Brooke-Popham]] untuk tidak melancarkan Ops Matador, yang secara langsung mendorong kepada kejayaan Jepun menakluk [[Tanah Melayu]] dan [[Singapura]].
 
Tambahan pula, sekiranya Ops Matador dilaksanakan oleh pihak [[Tentera British]], [[Tentera Jepun]] telah bersedia dengan rancangan balasnya, dengan menggunakan lapang terbang [[Bangkok]] dan lain-lain lapangan terbang di Selatan [[Thailand]] untuk membolehkan angkatan udaranya mendapatkan penguasaan udara, dan membolehkan pasukan daratnya mara menuju [[SemenanjungSegenting Kra]] dengan diberikan perlindungan oleh penguasaan udara tersebut.
 
==Kesan==