Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amirfikrie (bincang | sumb.) |
Amirfikrie (bincang | sumb.) |
||
Baris 4:
Sekolah ini yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Melaka telah didirikan di kawasan berbukit dengan ketinggian 121.9 meter dari aras laut. Keluasan asalnya ialah 12.9 hektar. Sejarah sekolah ini telah bermula pada tanggal 5 Januari 1973. Pada tarikh ini, seramai 120 orang pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada 80 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan sebagai perintis telah ditempatkan di [[Sekolah Menengah Munshi Abdullah]], Batu Berendam, [[Melaka]] sementara menunggu bangunan sekolah ini siap. Oleh kerana bangunan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah ini lambat disiapkan pelajar-pelajar tersebut telah dipindahkan ke [[Sekolah Menengah Sains Johor]] di Kluang pada tahun berikutnya.
Pada 3 Januari 1976, seramai 120 orang pelajar Tingkatan 1 telah ditumpangkan sekali lagi di [[Sekolah Menengah Munshi Abdullah]]. Mereka
Pada Oktober 1983, sekolah ini yang nama asalnya Sekolah Menengah Sains Melaka telah dengan rasminya bertukar kepada Sekolah Muzaffar Syah Melaka, mengambil sempena nama Sultan Muzaffar Syah iaitu Sultan Melaka yang ke-empat. Perasmian pertukaran nama ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama [[Yang di-Pertua Negeri]] [[Melaka]], Tun [[Syed Zahiruddin bin Syed Hassan]]. Mulai tahun 1995, sekolah ini secara rasminya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah.
|