Perbezaan antara semakan "Shotaro Ishinomori"

k (bot Menambah: it:Shotaro Ishinomori)
 
==Karya==
''[[Cyborg 009]]'' yang direka pada tahun [[1963]], menjadi pasukan adiwira pertama yang direka di [[Jepun]]. Pada tahun yang sama, [[Kazumasa Hirai]] dan [[Jiro Kuwata]] mereka [[adiwira]] [[cyborg]] pertama negara itu, berjudul ''[[8 Man]]'' (yang muncul lapan tahun sebelum ''[[Kamen Rider]]''). Kejayaan siri TV [[adiwira]] [[tokusatsu]] ''[[Kamen Rider]]'' terbitan [[Toei Company|Toei Company Ltd.]] pada tahun [[1971]] melahirkan adiwira "''[[henshin]]''" (bertukar rupa) (adiwira saiz manusia yang bertukar rupa dengan menggayakan badan, dan menggunakan [[seni mempertahankan diri]] untuk melawan konco-konco dan raksasa mingguan), serta menghasilkan banyak sekuel sehingga kini. Ishinomori kemudiannya mereka banyak drama adiwira yang serupa, termasuk ''[[Kikaider|Android Kikaider]]'' , ''[[Henshin Ninja Arashi]]'', ''[[Inazuman]]'', ''[[Robotto Keiji]]'', ''[[Himitsu Sentai Goranger]]'' (siri [[Super Sentai]] pertama), ''[[Kaiketsu Zubat]]'', ''[[Akumaizer 3]]'', ''[[Sarutobi Ecchan]]'' dan banyak lagi. Beliau juga mereka rancangan kanak-kanak popular seperti ''Hoshi no Ko Chobin'' (1974, terbitan usahasama dengan Studio Zero yang berjaya di televisyen Itali), dan ''[[Ganbare!! Robocon]]''.
 
Seni Ishinomori agak mengingatkan seseorang kepada mentor beliau, [[Osamu Tezuka]]. Kisah benar pertemuan pertama beliau dengan Tezuka digambarkan dalam sebuah cerpen empat halaman yang dikarang sebagai bahan tambahan untuk cetakan semula manga ''[[Astro Boy (1960-an)|Astro Boy]]'' 1970-an. Sekitar tahun 1955, Ishinomori menghantar hasil kerja beliau kepada satu peraduan yang mencari bakat baru untuk majalah ''Manga Shonen''. Tezuka kagum dengan lukisan beliau lalu meminta Ishinomori untuk membantunya dengan ''Astro Boy''.
 
[[Image:IshinomoriShotaro hand.jpg|thumb|right|Patung gangsa tangan Ishinomori di halaman luar Muzium Mangattan]]
 
==Motif/Tema==
*'''Wira dengan skarf tersendiri''' (yang berfungsi seolah-olah mantel kecil)
93

suntingan