Kerajaan tempatan di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tikar aurum (bincang | sumb.)
tambah Tugas
Baris 36:
* Luar bandar - dikenali sebagai ''Majlis Daerah''
* Kawasan khas - dikenali sebagai ''Perbadanan'' atau ''Pihak Berkuasa Tempatan''.
 
==Tugas==
Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ''ultra-vires'' (b. Latin untuk ''melangkaui kuasa'') dan juga kecekapan umum (b. Inggeris: ''general competence'').<ref name=yahya>Mohd Yahya, N., ''The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning'', 1987</ref> Namun begitu, PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. Tugas-tugas wajib itu termasuk pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas berikut:<ref name=yahya />
 
* Kuasa ''perancang tempatan''
* Kuasa mengeluarkan lesen
* Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu
* Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dsb.)
* Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar
* Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran)
* Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudaha-kemudahan awam
 
Selain Akta 171 ini, PBT turut dibantu dalam menjalankan tugasnya oleh dua undang-undang utama iaitu Akta Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan juga Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Kedua-dua akta ini membenarkan PBT menjalankan peranan membangunkan kawasan mereka sekaligus memainkan peranan secara keseluruhannya dalam pembangunan negara.
 
Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan.
 
===Alam Sekitar===
Tugas ini berkenaan penyenggaraan dan penambahbaikan kawasan persekitaran di bawah bidang kuasa mereka. Ia meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti pembersihan, pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal, perparitan dan pembentungan yang sempurna selain program-program mengindahkan kawasan.
 
===Orang awam===
Peranan ini termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan rumah penyembelihan, perkhidmatan veterinar, pengangkutan, kawasan-kawasan pengkebumian dan juga tempat membakar mayat.
 
Di samping itu, PBT turut bertanggungjawab menguruskan sistem kebersihan dan sisa pejal, membersihkan parit-parit dan jalan-jalan, malah menyenggara keseluruhan persekitaran di kawasannya. Pelesenan gerai-gerai jualan, peniaga-peniaga kecil-kecilan, pekedai dan pengusaha perniagaan yang secara lahiriahnya boleh mengganggu ketenteraman awam turut dipertanggungjawabkan kepada PBT.
 
===Sosial===
Beberapa kawasan perbandaran yang lebih besar dan membangun turut menyediakan kemudahan-kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak-anak, klinik-klinik di bawah program kesihatan mereka, ambulans dan juga kenderaan jenazah. Selain itu, mereka turut menyenggara air-air pancut, menyediakan pencahayaan jalan-jalan awam dan kemudahan-kemudahan lainnya serta menyediakan tenaga buruh manual dan membantu kerajan negeri atau pejabat-pejabat daerah dalam penganjuran kemudahan-kemudahan sosial secara ''ad hoc'' di peringkat negeri mahupun daerah.
 
===Pembangunan===
Peranan ini lebih menurut budi bicara PBT tersebut. Walaupun PBT dianggap sebagai alat penting dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan sumber kewangan dan kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan. Dalam hal ini, majlis-majlis daerah selalunya menghadapi masalah.
 
 
<!-- Dalam menghadapi pembangunan yang rancak dan tekanan memenuhi pelbagai keperluan penduduk setempat dan sektor perniagaan, jurus tugas dan tanggungjawab PBT semakin meluas setiap hari. Kadar perkembangan sektor perindustrian, perdagangan dan perniagaan serta pembangunan perkhidmatan moden bukan sahaja melonjak permintaan terhadap ruang-ruang di kawasan bandar malah kemudahan-kemudahan sokongan lainnya. Dengan peningkatan tumpuan penduduk dan industri di kawasan bandar, fungsi dan tanggungjawab PBT turut berkembang. Hal ini memerlukan PBT di Malaysia menjalankan pelbagai jenis peranan yang meliputi:
 
* Fungsi menyampaikan kemudahan dengan cekap dan menjana peluang pekerjaan
* Peranan menyenggara yang biasa seperti tempat-tempat awam, parit dan pembentung, pasar dan tempat membakar mayat, jalan-jalan dan pencahayaannya, lanskap dan penyenggaraan taman-taman, kesiahatan awam dan juga kebersihan
* Tugas merancang, mengawal dan mengurus pembangunan (mengawal selia bangunan, merancang guna tanah, pembangunan dan pembentukan kawasan perindustrian, dsb.)
* Mempromosi pelancongan serta program mengindah dan memperbaharui kawasan bandar
* Pembangunan prasarana dan kemudahan sokongan yang akan membantu pembangunan perusahaan dan lain-lain inisiatif pembangunan ekonomi setempat
 
Apa yang lebih penting ialah, pengembangan fungsi menimbulkan satu persoalan pokok: Bagaimanakah PBT dapat menjadi lebih berkesan untuk membantu pertumbuhan negara dan meningkatkan daya saing negara secara keseluruhannya? Pada dasarnya, PBT harus memainkan peranan lebih berkesan dalam perancangan bandar, pengawalan pembangunan dan menguruskan sistem perbandaran dan persekitarannya. Tugas sebegini adalah penting untuk menjamin pertumbuhan tanpa gangguan dan pembangunan lestari dalam konteks mengurus daya saing negara dalam era globalisasi ekonomi. Selain itu, peranan baru ini, turut membebankan PBT bukan sahaja dari segi kewangan malah tekanan ke atas pentadbiran dan perjalanannya. Tekanan-tekanan ini datang dalam bentuk kehendak-kehendak dan cabaran-cabaran baru untuk meningkat dan memperbaiki kaedah penyampaian kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan awam. Cabaran itu juga menimbulkan persoalan yang penting dan strategik berkaitan peranan PBT di peringkat setempat, kebangsaan mahupun global. Salah satu cabaran ini ialah dalam menguruskan kewangan PBT. -->
 
==Bidang kuasa==