Ilyas bin Haji Din: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mueiemax (bincang | sumb.)
Laman baru: Laksamana '''Tan Sri Ilyas Bin Haji Din''' adalah Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia yang ke-13. == Penglibatan awal == Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 12 Mac 1951 dan m...
 
Aurora (bincang | sumb.)
kemaskini
Baris 1:
[[Laksamana]] '''Tan Sri Ilyas Bin Haji Din''' adalah Panglima [[Tentera Laut Diraja Malaysia]] yang ke-13.
 
== Penglibatan awal ==
 
Beliau dilahirkan di [[Alor Setar]], Kedah pada 12 Mac 1951 dan menerima pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Setelah itu beliau meneruskan pengajian di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi. Pada tahun 1970, beliau menyertai [[TLDM]] dan dihantar mengikuti latihan di Britannia Royal Naval College, Darmouth. Beliau tamat latihan pada Januari 1972.
 
== Kerjaya ==
 
Penglibatan beliau dalam TLDM menyaksiakan beliau dilantik sebagai pegawai memerintah KD Sri Selangor, KD Ganas, KD Gempita dan frigat KD Hang Tuah. Beliau juga pernah menjadi pegawai memerintah Markas Pendidikan dan Latihan TLDM. Seterusnya beliau dilantik menjadi Panglima Wilayah Laut I di Kuantan menyandang pangkat laksamana pertama. Kemudian beliau dinaikkan pangkat ke laksamana muda memegang jawatan Panglima Armada. Beliau dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada 13 Ogos 2003 dan pada 28 April 2005 dilantik pula sebagai Panglima Tentera Laut. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai panglima, beliau sentiasa menekankan aspek kualiti dan mutu kerja TLDM. Tidak hairanlah beliau digelar "Bapa Kualiti" TLDM. Ketika menjadi panglima juga beliau telah memberikan perhatian yang tinggi terhadap projek [[kelas Kedah|NGPV]] yang hampir menemui kegagalan. Disebabkan jasa-jasa beliau, beliau dianugerahkan darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk dan Panglima Setia Mahkota dengan gelaran Tan Sri oleh [[Yang di-Pertuan Agong]]. Beliau bersara dari perkhidmatan tentera pada Julai 2006.
 
[[Kategori:Kakitangan tentera Malaysia]]
[[Kategori:Kelahiran 1951]]
[[Kategori:Muslim Malaysia]]