Petir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
 
==Punca==
Punca fenomena petir menjadi titik tengah spekulasi dan [[penyelidikan]] saintifik selama berabad-abad lamanya. Teori terawal yang pernah dicatat dipercayai diolah oleh ahli falsafah Yunani bernama [[Aristotle]] pada abad ke-3, manakala suatu kepercayaan awal mengatakan bahawa petir dihasilkan oleh pertembungan [[awan]]. Kemudiannya, baru bermacam-macam lagi teori yang dicadangkan. Menjelang petengahan abad ke-19, teori bahawa kilat menghasilkan [[vakum]] diterima umum. Pada abad ke-20, timbulnya satu ijmak bahawa petir harus bermula dengan [[gelombang kejutakejutan]] di udara akibat pengembangan haba [[plasma (fizik)|plasma]] secara mendadak dalam arus kilat. Dalam masa kurang sesaat, udara dipanaskan kepada suhu hampir 28,000 [[Celsius|°C]] (50,000 [[Fahrenheit|°F]])<ref>[http://weathersavvy.com/Q-lightning1.html Lightning?]</ref>. Pemanasan inilah yang menyebabkan udara mengembang ke luar lalu bertembung dengan udara sejuk di sekelilingya pada kelajuan mengatasi bunyi dalam udara sejuk itu. Denyut yang bergerak ke arah luar itu menghasilkan gelombang kejutan, serupa prinsipnya dengan gelombang kejutan yang dihasilkan [[letupan]], atau di hadapan [[pesawat]] [[supersonik]].
 
Baru-baru ini, ijmak tersebut telah dihakis oleh pemerhatian yang menyukat [[tekanan lampau]] dalam simulasi kilat lebih besar berbanding apa yang dapat tercapai oleh jumlah pemanasan yang didapati. Pemerhatian alternatif ini bergantung pada kesan elektrodinamik tindakan arus yang besar terhadap plasma dalam panahan kilat.<ref>P Graneau, The cause of thunder, 1989 J. Phys. D: Appl. Phys. 22 1083-1094 doi:10.1088/0022-3727/22/8/012</ref>