Sanglang, Perlis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
Pembahagian Perlis dan Kedah ini menjadikan Mukim Sanglang berpecah dua satu di Perlis dari Kuala Sanglang ka Simpang Empat dan satu lagi dari Kuala Sanglang meliputi Kampung Tok Mengkula,Kampung Sanglang hingga lah ka Kuala Jerlun.
Mengikut Pengulu Said bin Jaafar bin Enjang (1860-1960) asal nama Sanglang ini berpunca dari terdapatnya banyak sarang helang di kuala sungai. Kuala ini di namakan Kuala Sarang Helang yang lama kelamaan di sebut Kuala Sanglang.
 
Kuala Sanglang adalah sebuah bandar pekan kecil di selatan negeri Perlis, bersempadan dengan negeri Kedah. Sebahagian pekan ini terletak dalam kawasan negeri Kedah. Sekitar awal tahun 50-an, pekan ini masyhur sebagai pelabuhan nelayan utama di negeri Perlis.
 
 
[sunting] Sejarah
Asal usul nama Kuala Sanglang seperti diriwayatkan oleh Tok Pengulu Said bin Jaafar bin Enjang (1860 -1960) berasal dari perkataan "sarang helang": sebutan Kuala Sarang Helang lama kelamaan berubah menjadi Kuala Sanglang. Di zaman dahulu banyak sarang helang didapati di tepi pantai.[1]
 
Semasa Kuala Sanglang dibuka sudah ada satu orang Cina tinggal di pinggir laut.
 
Kuala Sanglang Kedah, sebagai nuklues, dibuka oleh Penghulu Said yang dikenali juga sebagai Panglima Said. Penghulu Said bersama pengikutnya di sekitar 1900 telah datang membuka Kampung Kuala Sanglang di kawasan yang dikenali sebagai Kampung Masjid adalah tanah milik beliau .Dia mewakafkan satu bahagian untuk Masjid dan satu bahagian untuk kubur semasa kubur awal Kuala Sangalang di tepi laut telah terhakis dan juga menjadi laluan sungai korek di sekitar 1957. Orang yang pertama di kuburkan ialah Tok Udoh isteri Che Gu Mat Amin rakan sebaya Penghulu Said yang mempelopori Sekolah Rakyat Kuala Sanglang.
 
Kampung Kuala Sanglang berkembang menjadi Sungai Baru, Kg Masjid dan Kuala Sanglang Perlis. Apabila Perlis yang asalnya tanah jajahan Kedah diambil oleh Siam dan dihadiah kepada keluarga Jamalulai Raja Perlis, Kuala Sanglang menjadi sempadan dan juga pangkalan yang penting. Di masa jajahan British ditempatkan tangsi polis di kedua belah sempadan lengkap dengan Kastam. Selepas pemerintahan Jepun sempadan ini dimansuhkan. Kepentingan Kuala Sanglang menurun walaupun ia masih jadi lebuh raya laut dari Kuala Sanglang ka Kula Kedah dengan perkhidmatan bot tambang dari Sungai Baru ke Kuala Kedah.
 
Setelah terbina jalan raya dari Simpang Empat, Perlis merentasi Kampung Sanglang ke Alor Satar peranan Kuala Sanglang makin merosot dan kekal sebagai kampung nelayan. Walau bagaimanapun penamabahan penduduk dan perpindahan dari tempat lain sejak 50 tahun dahulu kawasan Kuala Sanglang sudah membesar kepada 4 kali ganda asal.