Raja Jaafar bin Raja Aris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Allahyarham '''Raja Jaafar bin Raja Aris''' atau lebih dikenali sebagi ''R. Jaafar'' merupakan seorang pelawakyang terkenal era 1970-an dan 80-an. Raja Jaafar berasal dari Batu Pahat, Johor memulakan karier seninya sebagai pelakon bangsawan sebelum dikenali ramai memenangi Pertandingan Bakat TV 1975 anjuran RTM bersama rakan baiknya, [[A. R. Badul]] di [[Ipoh]], [[negeri [[Perak|Perak]].
 
Sebelum berkecimpung dalam bidang seni, beliau berpengalaman menyertai Pasukan Polis Hutan (PPH), malah pernah ditugaskan di Balai Polis Campbell (kini Balai Polis Dang Wangi) dan Balai Polis Simpang Lelong, Georgetown, selain mengikuti operasi di sempadan [[Malaysia]] - [[Thailand]] di [[Kedah]].
 
==Bangsawan==
Kemudian Allahyarham menyertai beberapa kumpulan bangsawan termasuk Dian Bangsawan, Sentosa Opera dan Bintang Timur, yang kemudian membuka laluannya dalam bidang lakonan televisyen dan filem.
 
==Filem==
Sepanjang terbabit dalam bidang lakonan, Allahyarham pernah muncul menerusi lebih 10 filem termasuk Aku Yang Berhormat, Selendang Merah, Abu Nawas, Keranda Jingga, Panglima Badul, Penyu, Kekasih Awal Dan Akhir, Superstar, Perempuan, Isteri & ... dan Alahh... Dah Jodoh.
 
==Di hospital==
R. Jaafar meninggal dunia di [[Hospital Universiti]], [[Petaling Jaya]] pada 5 pagi 14 Mei 1996 akibat serangan jantung dan penyakit paru-paru berair. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan isterinya, Aishah Abdullah, selepas hampir seminggu dimasukkan ke hospital berkenaan akibat [[demam]] dan batuk yang berpanjangan kira-kira dua bulan sebelum kematiannya.
 
Jenazah R Jaafar kemudian dibawa pulang ke Surau Flet Seri Selangor, Jalan San Peng untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras.