Syed Azidi Syed Abdul Aziz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
==Kesalahan menghasut==
Kesalahan beliau kononnya menghasut rakyat Malaysia pada 23 Ogos 2008 agar mengibarkan [[bendera Malaysia]] secara terbalik ketika menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos sebagai tanda protes kepada kerajaan . 3 pegawai [[polis]] [[Bukit Aman]] bertindak merampas [[laptop]] ketika beliau berada di rumah bersama isterinya Bariah Ishak. Waran tangkap tidak ditunjukkan ketika 3 polis berpakaian preman ke rumahnya. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Amir Hamzah Ibrahim menjelaskan bahawa siasatan tersebut dikendalikan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.Siasat ini berikutan satu laporan di Balai Polis Dang Wangi bahawa beliau telah menghasut agar Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik menjelang 31 Ogos 2008. <ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0919&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive Penulis blog Kickdefella direman dua hari]</ref>[[Timbalan Ketua Polis Negara]] Tan Sri [[Ismail Omar]] mengesahkan Syed Azidi ditahan dibawah [[Akta Hasutan]] Seksyen 4(1). Kesalahan menghasut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.
 
==Tahanan reman==
Pada 18 September 2008, polis mendapat perintah tahanan reman selama 24 jam dari Majistret Fadzlin Suraya Mohd Shah di Mahkamah Majistret [[Kota Bharu]]. Difahamkan , Datuk [[Husam Musa]] selaku Exco kerajaan Kelantan akan menyediakan peguambela.
Pada 19 September 2008, Hakim Majistret Kota Bharu, Kelantan, [[Tengku Amalin A'Ishah Putri Sultan Ismail Petra]] membenarkan tahanan reman selama dua hari bagi membolehkan polis Bukit Aman meneruskan siasat .
 
 
==Kritikan==
Yap Swee Seng selaku Pengarah [[Suara Rakyat Malaysia]] ([[Suaram]]) menegaskan bahawa penahanan Syed Azidi 'tidak dapat dijustifikasikan' selain memberi amaran bahawa [[blogger]] tidak bebas dan boleh ditahan jika ditafsir boleh mengancam keselamatan negara.<ref>[http://www.klpos.com/news/2008/09/19/3.html Kumpulan hak asasi kecam kerajaan tahan blogger]</ref> Sebelum ini ada beberapa pihak betul-betul telah membakar dan mengoyak bendera negara asing dan negara Malaysia sendiri. Malahan dilukis dalam bentuk yang tidak sempurna .
 
Selepas dua hari, Syed Azidi telah dibebaskan pada 20 September 2008 jam 1 tengah hari di Ibu pejabat Polis Bukit Aman. Semasa ditemui di Rumah Persekutuan , Syed Azidi menjelaskan beliau telah dibenarkan betarawih dan berzikir. Turut hadir ialah peguamnya, Amrit Pal Singh dan Ahli Parlimen [[Pas]] [[Kubang Kerian]], [[Salahudin Ayub]]. <ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0921&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_16.htm&arc=hive Penulis blog Kickdefella dibebaskan]</ref>
Selepas dua hari, Syed Azidi telah dibebaskan.
==Rujukan==
{{reflist}}