Televisyen digital di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 11:
 
Setakat ini (Jun 2008), [[Media Prima]] Berhad, konglomrat media terbesar negara yang memiliki [[TV3]], [[ntv7]], [[8TV]] dan [[TV9]], masih belum mengumumkan sebarang perancangan berkenaan televisyen digital.
 
RTM bakal menjalani penstrukturan semula selama tiga tahun yang mengetengahkan peralihan ke DTV, penambahan kandungan berita dan hal ehwal setempat<ref>{{cite news|title=RTM To Restructure, Go Digital In Three Years|publisher=[[BERNAMA]]|date=2008-09-22|url=http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=360563|accessdate=2008-09-25}}</ref>, dan juga setiap negeri di Malaysia akan dibuka saluran TV tersendiri. Menurut Menteri Penerangan Dato [[Ahmad Shabery Cheek]], RTM dijangka melancarkan perkhidmatan DTV di peringkat kebangsaan pada tahun 2009.<ref>{{cite news|title=Television channel for each state|publisher=[[New Straits Times]]|date=2008-09-15|url=http://209.85.175.104/search?q=cache:Hm3a5Q2MeU0J:www.nst.com.my/Monday/National/2349931/Article/index_html+%22Television+channel+for+each+state%22&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=my|accessdate=2008-09-25}}</ref>
 
Malaysia dan seluruh negara [[ASEAN]] memilih [[DVB-T]] sebagai piawaian penyiaran televisyen digital, dan dijangka melupuskan [[televisyen analog|siaran analog]] sepenuhnya menjelang tahun [[2015]].<ref>{{cite news|title=ASEAN picks DVB-T as common TV standard|url=http://www.apb-news.com/index.php?option=com_magazine&func=show_article&id=110&Itemid=1|date=2005-06-17|accessdate=2008-06-21}}</ref> Pada bulan Jun 2008, para hadirin Mesyuarat Penyiaran Digital ASEAN ke-6 dari tujuh buah negara [[Asia Tenggara]] (termasuk Malaysia) bersetuju menetapkan spesifikasi [[kotak atas set]] TV digital untuk kegunaan penduduk anggota-anggota ASEAN, serta mewujudkan Pusat HD ASEAN yang bertujuan menyediakan latihan pengendalian kandungan HDTV bagi penyiar negara anggota.<ref>{{cite news|title=Penyiar Asean Bersedia Untuk Penyiaran Digital|publisher=[[Bernama]] ([[Kementerian Penerangan Malaysia]])|date=2008-06-19|url=http://www.moi.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1570&Itemid=109&lang=ms|accessdate=2008-06-21}}</ref>