Juan Peron: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 38:
 
== Mandat Ketiga 1973 - 1974 ==
Pada 1971, Jeneral [[Alejandro Lanusse]], yang cenderung terhadap [[demokrasi]] telah dipilih sebagai presiden. Perón telah mengambil kesempatan ini dengan meningkatkan lagi usahanya untuk berunding dengan kerajaan Argentina agar beliau dapat kembali ke tanahairnya. Isterinya iaitu Isabel merupakan orang utama dalam menjayakan perundingan ini.
 
Dalam masa sama, [[Héctor Cámpora]] telah dicalonkan parti Perón iaitu Partido Justicialist untuk bertanding dalam pilihan raya presiden 1973, dan dia telah menang dalam pilihan raya tersebut. Namun, ramai yang menganggap kuasa sebenarnya terletak di tangan Perón. Pada tahun yang sama, Perón telah dipujuk untuk pulang ke [[Argentina]]. Cámpora kemudiannya meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Perón untuk bertanding sebagai presiden.