Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Didie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17:
{{Politik Malaysia}}
 
'''Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu''' ([[bahasa Inggeris]]: ''United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization''; singkatan: ''UPKO'') ialah sebuah [[parti politik]] yang ditubuhkan di [[Sabah]], [[Malaysia]] pada Mei [[1964]] untuk membela hak-hak serta memperjuangkan pembangunan kaum [[Kadazandusun Murut]]/ (KDM).
 
==Sejarah==
UPKO merupakan sebuah parti gabungan yang terdiri daripada dua buah parti politik, iaitu [[Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu]] (UNKO) dan [[Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu]] (PASOK MOMOGUN) yang masing-masing memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa KDM. Selepas pembentukan [[Persekutuan Malaysia]] pada [[16 September]] [[1963]], kedua-dua parti politik KDM itu terus berjuang dengan agenda masing-masing untuk bertanding dalam [[Pilihan Raya Majlis-majlis Daerah 1964|Pilihan Raya Majlis-majlis Daerah]] yang merupakan pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun [[1964]].
 
Setelah melihat kesan buruk dalam keputusan pilihan raya majlis daerah itu, akibat perpecahan yang disebabkan oleh kewujudan dua buah parti politik tersebut, para pemimpin UNKO dan PASOK MOMOGUN berusaha untuk bergabung pada akhir tahun [[1964]]. UPKO ditubuhkan pada tahun [[1964]] untuk menghadapi [[Pilihan Raya Umum Negeri Sabah 1967|Pilihan Raya Umum Negeri Sabah]] yang pertama pada April [[1967]]. Walau bagaimanapun, UPKO ditewaskan dalam pilihan raya tersebut, dan di atas nama perpaduan [[bumiputera]] yang lebih luas, UPKO dibubarkan pada Disember dalam tahun yang sama. Akibatnya, kaum KDM tiada pilihan selain daripada menyertai pelbagai parti politik yang lain di [[Sabah]].
 
Impian kaum KDM untuk memimpin pembangunan negeri Sabah seakan-akan terserlah berikutan kejayaan dua buah parti politik berbilang kaum, iaitu [[Bersatu Rakyat Jelata Sabah]] (BERJAYA) dan [[Parti Bersatu Sabah]] (PBS), antara tahun [[1976]] hingga [[1994]]. Mungkin antara saat-saat yang paling manis dalam perjuangan politik kaum KDM ialah semasa PBS melahirkan [[Ketua Menteri Sabah]] daripada suku bangsa mereka selama dua penggal, iaitu dari tahun [[1985]] hingga tahun [[1994]].
 
===Penubuhan PDS===
Baris 31:
Kejatuhan kerajaan PBS pada tahun [[1994]] telah mencetuskan penubuhan [[Parti Demokratik Sabah]] (PDS), sebuah parti politik yang berasaskan semangat [[nasionalisme]] Kadazandusun Murut. Penubuhan parti ini adalah hasil satu persetujuan antara hampir kesemua [[Wakil Rakyat|Wakil-wakil Rakyat]] PBS pada [[14 Mac]] [[1994]].
 
Di bawah pimpinan Presiden [[Bernard Dompok|Tan Sri Bernard Dompok]], dan berikutan pelantikan beliau kepada [[Kabinet Malaysia|Kabinet Persekutuan]] pada tahun [[1994]], PDS berjaya mengerakkan Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan [[bahasa Kadazandusun]] sebagai sebuah bahasa yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan. Mercu kejayaan PDS ialah pelantikan Tan Sri Bernard Dompok sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-11 pada tahun [[1998]] dalam sistem penggiliran [[Ketua Menteri Sabah]].
 
Bagaimanapun, PDS masih gagal untuk menyatukan seluruh kaum KDM dalam sebuah parti politik. Ini terbukti apabila para pengundi KDM tidak mengundi Tan Sri Bernard Dompok dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1999]]. Akibatnya, perkhidmatan Bernard Dompok sebagai Ketua Menteri Sabah terpaksa berhenti.
Baris 44:
Keputusan untuk menghidupkan semula UPKO ibarat kata pepatah, "Kalau sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan". Pada [[28 Julai]] [[1999]], Mesyuarat Majlis Tertinggi PDS bersetuju dengan sebulat suara untuk mengorbankan PDS bagi menghidupkan semula UPKO. Dalam Kongres PDS yang ke-5 pada [[8 Ogos]] [[1999]], para perwakilan juga bersetuju dengan keputusan itu. Bendera PDS kemudian diturunkan dan pada masa yang sama, bendera UPKO dinaikkan.
 
Majlis pelancaran pada [[30 Oktober]] [[1999]] telah diadakan di [[Ranau]] kerana menurut legenda, [[Nunuk Ragang]] yang terletak di daerah [[Ranau]] merupakan asal-usul masyarakat KDM. Lagipun lambang UPKO, iaitu [[Gunung Kinabalu]], juga terletak di Ranau. Surat-surat penghargaan juga dikirimkan oleh Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, kepada melebihi 50 pemimpin veteran UPKO, sama ada mereka masih hidup atau tidak, dan tanpa mengira ideologi politik mereka. Antara kesan pelancaran itu ialah kembalinya beberapa pemimpin veteran UPKO, termasuk Tan Sri [[Sufian Koroh]], Toh Puan Rahimah Stephens, Kimon Anad, Paul Gurandi dan Datuk Seri Panglima Fred Jinu. Sebilangan mereka kemudiannya dilantik menjadi anggota Majlis Penasihat Adat UPKO.
 
Dengan pelancaran UPKO, bermula jugalah perjuangan parti ini untuk menyatukan bangsa KDM dalam satu gagasan perjuangan politik melalui Kerajaan Barisan Nasional dengan tema "''Misompuru Tokou Wagu'' ("Mari Kita Bersatu Kembali").
 
Kejayaan awal UPKO adalah pada November 1999, sebulan selepas pelancaran UPKO, ketika pucuk pimpinan Barisan Nasional memberi tanggungjawab kepada UPKO untuk bertanding di empat kawasan Parlimen di Sabah, iaitu P147 [[Bandau]], P149 [[Tuaran]], P152 [[Penampang]] dan P156 [[Kinabalu]].
 
Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, telah diutuskan oleh Pengerusi [[Barisan Nasional]], [[Mahathir bin Mohamad|Dr. Mahathir Mohamad]], untuk bertanding di [[Kinabalu]]. Beliau menang dengan 5,423 majoriti undi, satu keputusan yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana satu calon parlimen Kinabalu sebelum itu. UPKO juga memenangi dua daripada tiga kerusi yang lain. Kemenangan-kemenangan itu adalah satu restu simbolik terhadap langkah kaum Kadazandusun Murut untuk kembali ke pangkal jalan perjuangan politik.
 
Setakat Jun [[2001]], UPKO mempunyai 26 bahagian berdaftar, 1,720 cawangan, dan 100,819 ahli.
 
==Cadangan keluar Barisan Nasional==
 
== Lihat juga ==