Wilayah Yala: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot Menambah: zh-min-nan:Yala Hú
Baris 56:
Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melandai selatan Thailand, terutama sekali di wilayah-wilayah Yala, [[Wilayah Narathiwat|Narathiwat]], dan [[Wilayah Pattani|Pattani]]. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk [[Melayu]] Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 80an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakkan mereka juga tidak puas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza dari kaum etnik Thai.
 
Pada 26 Oktober 200042004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakaan nafas setelah kesemuanya dimasukkan di dalam trak polis akibat ditangkap di atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya. Kejadian ini dikenali sebagai [[peristiwa berdarah Tak Bai]].
 
Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah mengatakan bahawa lebih kurang 700 orang telah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari 2004.