Sains sukan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 14:
 
'''Sains Sukan Tulen'''
 
Bidang ini merupakan bidang asli sains sukan. Ia lebih mementingkan aspek-aspek teori dan kajian-kajian berdasarkan teori. Contohnya, tenaga yang diperlukan untuk berlari satu pusingan mungkin 1000 kJ. Jawapan ini dapat diperoleh melalui formula matematik.
 
'''Sains Sukan Gunaan'''
 
Bidang ini adalah lebih kepada aplikasi ilmu sukan dari bidang tulennya. Tenaga yang diperlukan untuk berlari hendaklah mempertimbangkan faktor-faktor lain seperti keadaan lantai itu. Jadi, pengiraan menjadi lebih rumit dan terdedah kepada banyak ketidakpastian.
 
'''Sains Sukan Generik'''
 
Bidang ini selalunya diterjemahkan sebagai satu ilmu berkaitan kesukanan. Banyak yang selalunya anggap sains sukan ini adalah satu bidang atlet yang melibatkan semata-mata permainan dan sukan seperti bola jaring, bola sepak, ping-pong dsb. Namun, anggapan ini bukannya semuanya salah. Dalam sains sukan generik, ia merupakan aplikasi ilmu daripada sains dalam meningkatkan kecergasan seseorang supaya menjadikan sukan sebagai alat yang boleh menyihatkan badan dan tidak mencederakan anggota badan ekoran daripada kesalahan teknik bersukan. Tambahan pula, ilmu ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kecergasan dan prestasi pencapaian individu dan berkumpulan dalam konteks sukan. Di samping itu, sukan ini juga merupakan satu alat sebagai permainan di arena antarabangsa bahkan melalui pertandingan mahupun hiburan melalui media massa.
 
'''Matlamat Sains Sukan'''
Matlamat kewujudan sains sukan adalah seperti berikut:
*'''Pertumbuhan organ''': Kecergasan dan kecerdasan seseorang amat dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif dapat menjamin tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot purkenje pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan jogging yang rutin. Namun, teknik jogging yang tidak sesuai akan mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk mengkushionkan kaki di samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan jogging.
 
*'''Pertumbuhan fizikal''': Fizikal adalah kelihatan luaran seseorang. Individu yang sihat badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan badan dari segi kelihatan luaran. Contohnya, seseorang gimnatik mempunyai badan yang kuat dan tegap dapat memakai baju yang jenis "body fit" sudah pasti membuktikan ketrampilannya di tempat kerja mahupun di tempat awam. Orang yang sihat badannya selalunya mampu melakukan pelbagai aktiviti serta bergiat aktif dalam program-program seperti tarian, drama, muzik, marathon dsb. Selain itu, kesihatan fizikal merupakan faktor pertama yang mempengaruhi keputusan pihak atasan untuk membuat pilihan untuk sesuatu kerja ataupun projek.
Baris 31 ⟶ 34:
 
*'''Pertumbuhan emosi dan sosial''': sukan adalah satu saluran yang baik untuk meluahkan perasaan marah, stres dan frustrasi. Ia juga dapat melatih seseorang supaya menjadi optimis dan ring. Adalah dipercayai sukan boleh merangsangkan perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh menjadikan individua berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan latihan yang dijalankan secara berkumpulan juga boleh merapat hubungan antara sesama lain. Dalam kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan yang positif semasa bermain "game".
 
*'''Pertumbuhan insan dan negara''': manusia harusnya sentiasa aktif dan cergas. Dengan adanya populasi yang sihat, barulah negara menjadi kuat. Kekuatan ini adalah disebabkan manusia yang sihat dari fizikal boleh menyumbang tenaga buruh; sihat mental boleh memberi idea yang baru kepada negara, sihat sahsiah membantu perpaduan dan persefahaman satu negara. Selain itu, sukan memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan dengan negara lain seperti Sukan Komenwel, Olimpik, SUKOM etc.