Sains sukan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Didie (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 61.6.38.132 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Didie
Didie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Sains sukan''' merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi dan psikologi dalam sains sukan dan sebagainya. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang mendidik seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Malah ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, tenaga dalam badan dsb semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.
 
''Informasi terkandung disini adalah disumbangkan oleh CHAN KAR WENG, 2008''
 
''Informasi disusun mengikut sukatan pelajaran STPM 966 Sains Sukan''
 
==Definisi==
Baris 80 ⟶ 76:
===Unsur (elemen)===
{{main|Unsur kimia}}
'''Unsur''' pula merujuk kepada jenis atom iaitu nama bagi sesuatu atom. Unsur-unsur kimia telah diatur ke dalam jadua berkala mengikut sistem elektron dan petalanya. Hasilnya, atom-atom yang berlainan jenis mempunyai nama yang unik seperti [[hidrogen]], [[oksigen]], [[bromin]], [[nitrogen]] dsb. Unsur-unsur hendaklah selalu dalam keadaan yang neutral kerana unsur yang bercaj akan mengelilukan.
 
===KompoundKompoun (sebatian)===
{{main|Sebatian}}
Dalam ilmu kimia, kompound'''kompoun''' adalah satu kumpulan unsur yang digabungkan secara ionik apabila satu unsur kehilangan elektron (bercaj positif) dan satu lagi menerima elektron (bercaj negatif). Dua ion yang bertentangan caj akan menarik antara sesama lain untuk membentuk sebatian. Apabila kompound ini berada dalam air, ia akan dipisahkan dan membentuk ion dan boleh menghantar (aliran) elektrik dalam cecair itu. Contoh sebatian adalah seperti NaCl, KNO3, Fe(NO3)2 dsb. Jadi, peranan sebatian dalam badan kita adalah membekalkan elektrolit (cecair yang bercaj) untuk mengimbangi caj-caj dalam cecair badan.
 
===Molekul===
Baris 105 ⟶ 101:
{{main|Protein}}
'''Protein''' adalah sumber yang penting dalam membina otot-otot badan. Ia adalah unsur yang penting semasa pertumbuhan dari peringkat [[kanak-kanak]] ke [[dewasa]]. Protein biasanya diambil dari daging-daging seperti [[ayam]], [[lembu]], [[ikan]], [[soya]] dsb. Biasanya, otot akan mengalami kerosakan dan kepecahan apabila seseorang menjalankan sukan, jadi otot tersebut perlu diperbaiki dengan menambahkan satu lapisan protein ke atas bahagian otot yang rosak. Jadi, otot kelihatan besar pada tubuh badan.
 
===Sistem sel sebagai unit asas hidup===
{{main|Sel}}
'''Sel''' adalah unit yang paling asas untuk kesemua entiti hidup kerana ia mempu menjalankan semua proses hidup seperti bernafas, berkumuh, makan, bertumbuh dan membiak. Dalam biologi, sel dibezakan sebagai sel haiwan dan sel tumbuhan. Perbezaan utama antara kedua-dua sel tersebut adalah kehadiran sel dinding dan kloroplas. Sel haiwan tidak mempunyai sel dinding dan kloroplas. Jadi, selnya boleh mengembang dan mengecut dengan mengubah kandungan dalam sel itu. Sel haiwan termasuklah semua sel pada haiwan seperti sel otot, sel tulang, sel saraf dsb.
 
==Pautan luar==