Alfred Nobel: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Alfred Nobel dipindahkan ke Alfred Benhard Nobel: Namanya sebagai Alfred Nobel sangat terkenal tetapi kita di WikiMs seharusnya melihat pada nama sebenarnya
Baris 1:
#REDIRECT [[Alfred Benhard Nobel]]
{{BI}}
{{Infobox Person
| name = Alfred Nobel
| image = AlfredNobel_adjusted.jpg
| birth_date = {{birth date|df=yes|1833|10|21}}
| birth_place = [[Stockholm]], [[Sweden]]
| death_date = {{death date and age|df=yes|1896|12|10|1833|10|21}}
| death_place = [[Sanremo]], [[Itali]]
| resting_place = [[Norra begravningsplatsen]], [[Stockholm]]
| resting_place_coordinates = {{coord|59|21|24.52|N|18|1|9.43|E|region:SE_type:landmark||display=inline,title}}
| occupation = Ahli kimia, jurutera, inovator, pembuat senjata dan pencipta [[dinamit]].
}}
{{Audio|sv-Alfred_Nobel.ogg|'''Alfred Bernhard Nobel'''}} (lahir [[21 Oktober]] [[1833]], [[Stockholm]], [[Sweden]] – meninggal dunia [[10 Disember]] [[1896]], [[Sanremo]], [[Itali]]) ialah seorang ahli kimia, jurutera, pembawa pembaharuan, pembuat senjata berbangsa [[Sweden]] dan juga [[pencipta]] bahan letupan [[dinamit]]. Beliau pernah memiliki [[Bofors]], sebuah pengilang senjata utama yang ditukarkan beliau dari peranan terdahulunya sebagai kilang besi dan keluli. Dalam wasiat terakhirnya, beliau menghabiskan harta bendanya untuk menubuhkan [[Hadiah Nobel]]. [[Unsur sintetik]] "[[nobelium]]" dinamakan sempena beliau.
 
==Biografi==
Nobel ialah anak lelaki ketiga kepada [[Immanuel Nobel]] (1801-1872) dan Andriette Ahlsell Nobel (1805-1889). Beliau lahir di bandar [[Stockholm]] pada 21 Oktober 1833. Beliau berpindah ke kota [[Saint Petersburg]] bersama keluarganya pada tahun 1842, di mana bapanya (iaitu pencipta [[papan lapis]] moden) membuka kilang [[ranjau kapal|"torpedo"]]. Alfred mengkaji bidang kimia bersama Profesor [[Nikolay Nikolaevich Zinin]]. Pada tahun 1859, kilang bapanya diturunkan kepada anak kedua, [[Ludvig Nobel]] (1831-1888), yang seterusnya meluaskan perniagaan itu. Setelah perniagaan itu muflis, Alfred kembali ke Sweden bersama bapanya, dan menghabiskan masanya mengkaji [[bahan letupan]], khususnya mencari pengilangan dan kegunaan [[nitrogliserin]] secara selamat (yang ditemui pada tahun 1847 oleh [[Ascanio Sobrero]], salah seorang rakan sekelasnya di [[Théophile-Jules Pelouze]] di [[Universiti Torino]]). Di kilang milik keluarga Nobel di [[Heleneborg, Sweden|Heleneborg]] berlakunya beberapa insiden letupan; salah satunya meragut nyawa adik lelaki Alfred iaitu [[Emil Oskar Nobel|Emil]] bersama beberapa orang buruh pada tahun 1864.
 
Asas-asas Hadiah Nobel disediakan pada tahun 1895 ketika Alfred Nobel mengarang [[wasiat]] terakhirnya, yang memperuntukkan kebanyakan hartanya kepada penubuhan Hadiah-hadiah tersebut. Semenjak tahun 1901, anugerah ini telah memberi penghargaan kepada ramai tokoh atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang fizik, kimia, perubatan, kesusasteraan, dan usaha damai.
 
Meskipun Nobel tidak pernah berkahwin sekalipun, namun pengarang-pengarang biografinya pernah menyebut beliau pernah bercinta dengan sekurang-kurangnya tiga orang wanita. Cinta pertama Nobel berputik di Rusia dengan gadis bernama Alexandra yang menolak lamarannya. Pada tahun 1876, [[Bertha von Suttner|Bertha Kinsky]] menjadi setiausaha Alfred Nobel tetapi dia cepat meninggalkan untuk mengahwini seorang kenalan lama bernama Baron Arthur Gundaccar von Suttner. Begitupun singkat hubungannya dengan Alfred Nobel, mereka tetap saling surat-menyurat sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1896, lebih-lebih lagi dipercayai bahawa dialah yang banyak mempengaruhi beliau menyertakan hadiah keamanan di kalangan hadiah-hadiah ini dalam wasiatnya. Bertha von Suttner dikurniakan Hadiah Keamanan Nobel 1905 'kerana usaha-usaha damainya yang tulus ikhlas'.
 
Cinta ketiga Nobel pula lebih berpanjangan dengan seorang gadis bunga bernama Sofie Hess dari Vienna. Hubungan ini bertahan selama 18 tahun dan dalam kebanyakan surat yang saling dihantar mereka, Nobel memanggil temannya 'Madame Sofie Nobel'. Selepas kematian beliau, menurut penulis biografinya lagi - Evlanoff dan Flour, dan Fant - surat-surat Nobel dikunci dalam bangunan Institut Nobel di Stockholm dan dijadikan rahsia yang disimpan paling lama ketika itu. Pada tahun 1955 barulah surat-surat tersebut didedahkan, disertakan dengan data-data biografi Nobel.
 
Sri Kantha pernah menyatakan bahawa 'satu sifat keperibadian Nobel yang membantu beliau mengasah kreativitinya termasuklah kebolehan mencapai maklumat melalui kefasihan berbilang bahasa. Meskipun tidak menerima pendidikan menengah dan tinggi secara formal, namun Nobel petah ber[[bahasa Sweden]], [[Bahasa Perancis|Perancis]], [[Bahasa Rusia|Rusia]], [[Bahasa Inggeris|Inggeris]], [[Bahasa Jerman|Jerman]] dan [[Bahasa Itali|Itali]]. Beliau juga mengembangkan kemahiran bertulisnya untuk mengarang puisi berbahasa Inggeris.' Prosa pementasan tragedi ''[[Nemesis (Nobel)|Nemesis]]'' karya beliau yang mengisahkah [[Beatrice Cenci]], yang menerima sedikit ilham dari ''[[The Cenci]]'' karya [[Percy Bysshe Shelley]], dicetak sewaktu beliau menghampiri ajalnya. Seluruh bekalan cetakan karya itu dimusnahkan serta-merta selepas pemergian beliau kecuali tiga salinan, kerana didapati bersifat melampau dan [[kufur]]. Edisi terawal yang masih ada (versi dwibahasa Sweden-[[Esperanto]]) diterbitkan di Sweden pada tahun 2003. Pementasan ini telah diterjemah ke [[bahasa Slovenia]] melalui versi bahasa Esperantonya.
 
Alfred Nobel dikebumikan di [[Norra begravningsplatsen]] di [[Stockholm]].
 
==Dinamit==
Nobel mendapati bahawa [[nitroglycerin]] menjadi lebih selamat dan mudah dibawa apabila dimasukkan dalam bahan lengai penyerap seperti [[tanah berdiatom|kieselguhr]] (tanah berdiatom), dan campuran inilah yang di[[paten]]kannya pada tahun 1867 sebagai [[dinamit]]. Nobel mendemonstrasi letupan ciptaannya buat julung kalinya pada tahun yang sama, di sebuah kuari di [[Redhill, Surrey]], England.
 
Kemudian, Nobel menggabungkan nitrogliserin dengan sejenis bahan letupan yang lain, iaitu [[nitroselolusa]], dan menghasilkan suatu bahan berupa jeli lutsinar yang jauh lebih kuat berbanding dinamit, bernama [[gelignit]] atau "gelatin meledak," lalu dipatenkan pada tahun 1876, disusuli banyak lagi gabungan seumpamanya, diubahsuai dengan penambahan [[kalium nitrat]] dan banyak lagi bahan lain.
 
==Hadiah==
[[Image:Nobel's death mask.jpg|thumb|[[Topeng maut]] Alfred Nobel di kediamannya Bjorkborn di Karlskoga, Sweden.]]
[[Image:Alfred B Nobel.jpg|thumb|Tugu Alfred Bernhard Nobel di [[Wagga Wagga, New South Wales|Wagga Wagga]], [[Australia]]]]
{{utama|Hadiah Nobel}}
Penerbitan "[[obituari pramatang]]" Nobel oleh sebuah akhbar Perancis pada tahun 1888, yang mengutuk beliau kerana mencita dinamit, dikatakan mempengaruhi azam beliau untuk meninggalkan pusaka yang lebih menyenangkan selepas pemergiannya.<ref>[[The History Channel]], ''[[Modern Marvels]]'', episode 038 (originally aired 21 June 1999)</ref> Obituari itu bertajuk ''Le marchand de la mort est mort'' ("Saudagar maut sudah mati") dan mengandungi kata-kata berikut, "Dr. Alfred Nobel yang menjadi kaya dengan menemui cara-cara membunuh banyak orang dengan lebih cepat berbanding dahulu, meninggal dunia semalam."<ref name=Nobel>[http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,998209,00.html Golden, F.: "The worst and the brightest"], ''[[TIME]]'', 16 Oktober 2000.</ref> Pada 27 November 1895, di Kelab Swedeb-Norway di [[Paris]], Nobel menandatangani wasiatnya dan memperuntukkan kebanyakan estetnya kepada pembentukan [[Hadiah Nobel]] yang dianugerahkan setiap tahun tanpa mengenal bangsa. Beliau meninggal dunia akibat [[angin ahmar]] pada 10 Disember 1896 di [[Sanremo]], [[Itali]], sambil meninggalkan 31 juta [[kronor]] untuk membiayai anugerah-anugerah tersebut.
<!--
The first three of these prizes are awarded for eminence in [[Nobel Prize in Physics|physical science]], [[Nobel Prize in Chemistry|chemistry]] and [[Nobel Prize in Physiology or Medicine|medical science or physiology]]; the fourth is for [[Nobel Prize for Literature|literary work]] "in an ideal direction" and [[Nobel Peace Prize|the fifth]] is to be given to the person or society that renders the greatest service to the cause of international [[Wiktionary:fraternity|fraternity]], in the suppression or reduction of standing armies, or in the establishment or furtherance of [[peace]] congresses.
The formulation about the literary prize, "in an ideal direction" (''i idealisk riktning'' in Swedish), is cryptic and has caused much confusion. For many years, the Swedish Academy interpreted "ideal" as "idealistic" (''idealistisk'') and used it as a pretext to not give the prize to important but less [[Romanticism|romantic]] authors, such as [[Henrik Ibsen]], [[August Strindberg]] and [[Leo Tolstoy]]. This interpretation has since been revised, and the prize has been awarded to, for example, [[Dario Fo]] and [[José Saramago]], who definitely do not belong to the camp of literary idealism.
There was also quite a lot of room for interpretation by the bodies he had named for deciding on the physical sciences and chemistry prizes, given that he had not consulted them before making the will. In his one-page testament, he stipulated that the money go to discoveries or inventions in the physical sciences and to discoveries or improvements in chemistry. He had opened the door to technological awards, but had not left instructions on how to deal with the distinction between science and technology. Since the deciding bodies he had chosen were more concerned with the former, it is not surprising that the prizes went to scientists and not to engineers, technicians or other inventors. In a sense, the technological prizes announced recently by the [[World Technology Network]] (not funded by the Nobel foundation) indirectly fill this gap.
In 2001, his great-grandnephew, Peter, asked the Bank of Sweden to differentiate its award to economists given "in Alfred Nobel's memory" from the five other awards. This has caused much controversy whether the prize for [[Economics]] is actually a "Nobel Prize" (see [[Bank of Sweden Prize in Economic Sciences in Memory of Alfred Nobel]]).
-->
 
==Catatan==
{{reflist}}
 
==Rujukan==
* [[s:1911 Encyclopædia Britannica/Nobel, Alfred Bernhard|Nobel, Alfred Bernhard]] di [[1911 Encyclopædia Britannica]]
* Schück, H, and Sohlman, R., (1929). The Life of Alfred Nobel. London: William Heineman Ltd.
* [[s:U.S. Patent 78317|Alfred Nobel US Patent No 78,317]], tarikh 26 Mei 1868
* Evlanoff, M. and Fluor, M. Alfred Nobel - The Loneliest Millionaire. Los Angeles, Ward Ritchie Press, 1969.
* Sohlman, R. The Legacy of Alfred Nobel, transl. Schubert E. London: The Bodley Head, 1983 (Swedish original, ''Ett Testamente'', published in 1950).
* Fant, K. Alfred Nobel - A Biography, transl. Ruuth M. New York: Arcade Publishing, 1993.
* Jorpes, J.E. Alfred Nobel. ''British Medical Journal'', Jan.3, 1959, 1(5113): 1-6.
* Sri Kantha, S. Alfred Nobel's unusual creativity; an analysis. ''Medical Hypotheses'', April 1999; 53(4): 338-344.
* Sri Kantha, S. Could nitroglycerine poisoning be the cause of Alfred Nobel's anginal pains and premature death? ''Medical Hypotheses'', 1997; 49: 303-306.
 
==Pautan luar==
{{Commonscat|Alfred Nobel}}
{{wikiquote}}
*[http://www.nobel.se/nobel/alfred-nobel/index.html Alfred Nobel - Man behind the Prizes]
*[http://www.nobel.no/eng_com_will1.html Biography at the Norwegian Nobel Institute]
*[http://nobelprize.org/ Nobelprize.org]
*[http://azer.com/aiweb/categories/magazine/ai102_folder/102_articles/102_nobels_asbrink.html "The Nobels in Baku" in Azerbaijan International, Vol 10.2 (Summer 2002), 56-59.]
*[http://azer.com/aiweb/categories/magazine/43_folder/43_articles/43_nobel.html The Nobel Prize in Postage Stamps]
*[[:de:Dynamit Nobel AG|A German branch or followup]] ''(Jerman)''
*{{Find A Grave|id=6860}}
{{Nobel Prizes}}
 
 
[[Category:Pencipta Sweden]]
[[Category:Usahawan Sweden]]
[[Category:Jurutera Sweden]]
[[Category:Ahli kimia Sweden]]
[[Category:Hadiah Nobel]]
[[Category:Orang Stockholm]]
[[Category:Keluarga Nobel]]
 
{{Link FA|fi}}
{{Link FA|id}}
 
[[af:Alfred Nobel]]
[[als:Alfred Nobel]]
[[ang:Alfred Nobel]]
[[ar:ألفريد نوبل]]
[[az:Alfred Nobel]]
[[bn:আলফ্রেদ নোবেল]]
[[zh-min-nan:Alfred Nobel]]
[[be-x-old:Альфрэд Нобэль]]
[[bs:Alfred Nobel]]
[[br:Alfred Nobel]]
[[bg:Алфред Нобел]]
[[ca:Alfred Nobel]]
[[cs:Alfred Nobel]]
[[cy:Alfred Nobel]]
[[da:Alfred Nobel]]
[[de:Alfred Nobel]]
[[et:Alfred Nobel]]
[[el:Άλφρεντ Νομπέλ]]
[[en:Alfred Nobel]]
[[es:Alfred Nobel]]
[[eo:Alfred Nobel]]
[[eu:Alfred Nobel]]
[[fa:آلفرد نوبل]]
[[fr:Alfred Nobel]]
[[fy:Alfred Nobel]]
[[fur:Alfred Nobel]]
[[ga:Alfred Nobel]]
[[gl:Alfred Nobel]]
[[ko:알프레드 노벨]]
[[hy:Ալֆրեդ Նոբել]]
[[hi:अल्फ़्रेद नोबेल]]
[[hr:Alfred Nobel]]
[[io:Alfred Nobel]]
[[id:Alfred Nobel]]
[[ia:Alfred Nobel]]
[[is:Alfred Nobel]]
[[it:Alfred Nobel]]
[[he:אלפרד נובל]]
[[kn:ಆಲ್‌ಫ್ರೆಡ್ ನೊಬೆಲ್]]
[[ka:ალფრედ ნობელი]]
[[ky:Нобель Альфред Бернхард]]
[[sw:Alfred Nobel]]
[[ku:Alfred Nobel]]
[[lv:Alfrēds Nobels]]
[[lb:Alfred Nobel]]
[[lt:Alfredas Nobelis]]
[[hu:Alfred Bernhard Nobel]]
[[ml:ആല്‍ഫ്രഡ് നോബല്‍]]
[[mr:आल्फ्रेड नोबेल]]
[[nl:Alfred Nobel]]
[[ja:アルフレッド・ノーベル]]
[[no:Alfred Nobel]]
[[nn:Alfred Nobel]]
[[nov:Alfred Nobel]]
[[uz:Alfred Nobel]]
[[km:អាល់ហ្វ្រិដ ណូបែល]]
[[pl:Alfred Nobel]]
[[pt:Alfred Nobel]]
[[ro:Alfred Nobel]]
[[qu:Alfred Nobel]]
[[ru:Нобель, Альфред Бернхард]]
[[sa:अल्फ्रेड नोबेल]]
[[sq:Alfred Nobel]]
[[scn:Alfred Nobel]]
[[simple:Alfred Nobel]]
[[sk:Alfred Nobel]]
[[sl:Alfred Nobel]]
[[szl:Alfred Nobel]]
[[sr:Алфред Нобел]]
[[su:Alfred Nobel]]
[[fi:Alfred Nobel]]
[[sv:Alfred Nobel]]
[[ta:அல்பிரட் நோபல்]]
[[te:ఆల్ ఫ్రెడ్ నోబెల్]]
[[th:อัลเฟรด โนเบล]]
[[vi:Alfred Nobel]]
[[tr:Alfred Nobel]]
[[uk:Нобель Альфред Бернард]]
[[yi:אלפרעד נאבעל]]
[[zh:阿尔弗雷德·诺贝尔]]