Grunge: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MelancholieBot (bincang | sumb.)
k roboto: mk:Гранџ estas artikolo elstara
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-Ianya +Ia)
Baris 28:
Antara faktor yang mungkin mendorong kemerosotan popular umum grunge adalah kebangkitan sub-genre grunge yang dikenali sebagai [[post-grunge]]. Post-grunge merupakan variasi grunge ramah radio yang tidak mempunyai bunyi "kotor" yang biasa didengari peminat grunge. Sub-genre ini dipercayai didorong oleh esekutif syarikat rakaman yang mahu menjual variasi genre grunge kepada pasaran lebih meluas dengan menyerupai bunyi muzik pop. Pada pertengahan 1990-an, syarikat rakaman mulai mengambil beberapa kumpulan yang menghasilkan muzik seperti itu dan memberikan mereka lebih dedahan. Sementara sesetengah kumpulan tersebut berjaya seperti Silverchair dan Bush, kebanyakan peminat grunge mebgutuk kumpulan post-grunge sebagai pembelot. Ini jelas dalam kes Candlebox dan Collective Soul, yang dihila oleh kebanyakan peminat grunge. Malah kumpulan post-grunge yang berjaya turut dituduh sedemikian oleh peminat grunge, menyebabkan banyak dari mereka mempunyai kepopularaan yang lebih singkat berbanding kumpulan grunge awal.
 
Penggunaan dadah heroin dikalangan pemuzik grunge turut merupakan masaalah utama bagi penerusan sesetengah kumpulan grunge. Kematian [[Andrew Wood]] akibat terlebih dos pada 1990 merupakan tragedi utama pertama bagi lapangan grunge, menamatkan karea kumpulan Mother Love Bone. Penggunaan heroin oleh [[Kurt Cobain]] dipercayai menyumbang kepada kematiannya pada 1994 (sungguhpun ianya tidak pernah disahkan).<ref name="Hype"/> Kematian [[Kristen Pfaff]] dari kumpulan Hole pada 1994, dan [[Layne Staley]] dari Alice in Chains pada 2002, turut disebabkan terlebih dos heroin. IanyaIa dipercayai ramai bahawa grunge mulai merosot dengan kematian Cobain pada April 1994. Yang menariknya, Cobain seringkali dirakamkan gambarnya dengan mengenakan t-shirt menyatakan "Grunge dah Mati."
 
Tahun 1996 terbukti tahun terakhir pemuzik grunge dianggap aktif. Pada tahun ini, banyak "terakhir" berlaku. Pearl Jam membebaskan album terakhir yang memenangi senarai (''charts''), ''No Code''. Alice in Chains memberikan persembahan terakhir dengan penyanyi utama , Layne Staley yang sering sakit-sakit. Soundgarden dan The Screaming Trees membebaskan album studio terakhir mereka, ''Down on the Upside'' dan ''Dust (Screaming Trees album)''. Dan Nirvana membebaskan album lansung ''From the Muddy Banks of the Wishkah''.